Sunday, April 03, 2011

Edisi Flashback: So long Malaysia


Penerbangan MH dari Kuala Lumpur International Airport ke Auckland International Airport pada 27 Mac 2009.

Catatan ini asalnya telah dibuat dalam blog muffin2 setelah 2 minggu kami berada di bumi Kiwi. Namun disebabkan blog muffin2 akan dihentikan, jadi saya pindahkan catatan tersebut di sini. Jadi ia umpama catatan kenangan perjalanan kami dari Kuala Lumpur ke Palmerston North. Alhamdulillah, kini kami telah dua tahun barada di sini, menjalani kehidupan sebagai pelajar, saya dan mysoulmate, pelajar postgraduate di Massey University dan Uzair Aqil pelajar preschooler di Lollipops Educare. Kami semua belajar di sini. Belajar agar menjadi lebih baik dan semoga ia diterima sebagai ibadah kami kepada Maha Pencipta. Ameen.

Ketika ini saya, suami (mysoulmate) dan Uzair Aqil (UA) telah berada di Palmerston North, New Zealand. Dah hampir 2 minggu kami sampai di sini. Keadaan kami baik sbb byk dibantu oleh sahabat-sahabat Malaysia yg berada di sini. Tak dapat tidak, saya sekeluarga memang amat-amat berterima kasih atas bantuan semua. Ianya sangat susah nak diluahkan dengan tulisan di blog macam mana rasa bersyukur dan bertuah kerana bertemu dgn kalian semua..(kadang-kadang saya memang boleh menulis dengan gaya seskema ini).


Kronologi perjalanan bermula dari Kesuma Lakes ke KLIA. Famili semua sangat tabah. ini kisah yang betul. Tiada langsung agenda samarinda yg berlebih-lebihan. Mungkin disebabkan dah lama sangat menunggu masa nak menghantar kami pergi belajar. Jadi mind dah set up mantap untuk redhakan kami pergi. Untuk pengajian master kami tiada rezeki nak ke luar negara, kami pulun buat local. Berkat kesabaran itu, ada rezeki kami utk belajar hidup di tempat orang pulak. Memang patut famili kami kelihatan tabah amat. Memang classs!

Dalam flight MAS, pramugari memang cantik. Saya puji sebab boleh maintain untuk perjalanan kurang lebih 10 jam itu. Macam sama je muka dia dari masa boarding sampai arriving..maintain! Eh itu bukan isi cerita! Saya dah minta bendahari UPM untuk 3 seats walaupun Uzair Aqil not reach 2 lagi. Sebab lenguh juga nak beriba sepanjang flight. Dalam flight, Uzair Aqil seronok tengok movie; madagascar, cars, makan zip cadbury. Keadaan terkawal sampai laa satu ketika ni Uzair terjaga dari tidur & he realized that he is not at home. Uzair Aqil menangis. Lama juga sampai bawa ke bilik air, ke kitchen, dah letih baru dia nak tido semula. Selepas dari itu semua baik. Makan pun sedap. Dalam hati terasa inilah kali terakhir nak makan makanan Malaysia sebelum kaki menjejak bumi Kiwi.

Sepanjang 10 jam perjalanan, hati memang sayu meninggalkan keluarga tersayang di Malaysia. Tapi kami gagahkan juga kerana ini sebahagian tugas kami dan jihad kami untuk menuntut ilmu. Perasaan takut, berdebar pun ada. Ini pertama kali kami belajar di luar negara, jadi masih kurang jelas dengan semua perkara. Maklumlah tempat baru. Namun bersyukur tidak terhingga kami pada Allah SWT atas rezeki ini. Semoga perjalanan ini menjadi pengalaman yang baik dan berguna buat kami. InsyaAllah.