Showing posts with label study. Show all posts
Showing posts with label study. Show all posts

Sunday, April 03, 2011

Edisi Flashback: Kia ora


Biri-biri antara ternakan utama di New Zealand. Dikatakan jumlah biri-biri di sini adalah melebihi dari jumlah penduduknya iaitu lebih kurang 4 juta orang.

Alhamdulillah kami selamat tiba di Auckland International Airport. Kia Ora! bahasa Maori yang bermaksud 'be well or healthy' atau makna santainya adalah ucapan 'Hi'. Frasa ini memang biasa digunakan di New Zealand. Catatan disini juga olahan dari entri di blog Muffin2 dan merupakan kesinambungan catatan 'So long Malaysia'.

Kami transit di Auckland. Memang tak sabar nak turun dari flight sebab keletihan 10 jam perjalanan. Bila dah berjalan di terminal ketibaan, proses kemasukan ke New Zealand pun bermula. Tidak boleh terus pick up luggage ya. Ada procedure verifikasi dengan pihak imigresen New Zealand duhulu. Passport kami diperiksa secara teliti dan ditemuduga ringkas tentang tujuan dan durasi kami di New Zealand. Untuk ke proses verifikasi tersebut kami terpaksa melalui beratur queue yang panjang. Namun, kami amat bersyukur proses kami dengan NZ imigresen selesai tanpa masalah.

Seterusnya proses pengambilan luggage dan declaration. Declaration adalah satu proses di mana kita mesti mengistiharkan memberitahu pihak kastam NZ semua barangan yang tersenarai sebgai barangan yang perlu diistihar. Antaranya ubat-ubatan, makanan dan sebagainya. Boleh rujuk di website imigresen NZ untuk senarai lengkap barang-barang yang mesti diistihar ini. Kami mengambil langkah selamat dengan membuat senarai barang makanan dan ubat-ubatan yang kami bawa. Ini akan memudahkan proses, kerana takut-takut kita terlupa antara barang yang dibawa. Terima kasih Diyana kerana advice kami tentang hal ini. Tiba di tempat pemeriksaan, kami serahkan borang declaration yang telah diberikan dan telah diisikan di dalam flight. Pegawai yang bertugas memeriksa borang dan beg kami yang berisi makanan. Kami telah letakkan semua makanan dan ubat-ubatan di dalam satu beg. Jadi bila perlu diperiksa seperti ini hanya satu beg yang perlu dibuka. Ketika itu kami berdoa harap-harap semua makanan terutamanya susu Uzair dan ubat-ubatan dibenarkan untuk dibawa masuk ke New Zealand. Alhamdulillah lulus kecuali serunding daging. Kami anggap tiada rezeki kami dan sememangnya kami jelas bahawa produk daging adalah tidak dibenarkan. Malah saya sangat bersyukur barang yang lain boleh dan selmat dibawa masuk. Yang penting adalah susu Uzair Aqil. Syukur Alhamdulillah. Bonus di sini, kuih genderam pun dibenarkan, kami beritahu isi kandungan kuih dan pegawai tersebut benarkan. Terima kasih. Tambahan di para ini: kami dikenakan bayaran lebihan barang sebanyak NZD 35.


Dari Auckland International Terminal ke Domestic Terminal, kami menaiki bas transit yang disediakan. Ini memang pengalaman yang seronok kerana ini merupakan pengalaman pertama Uzair menaiki bas. Hari-hari di Malaysia mama dan papa asyik tunjuk bas kepada Uzair dari dalam kereta sahaja, tak sempat nak bawa naik. Mula-mula naik tu, Uzair senyap dan menikmati rasa naik bas. Half way baru dengar suara Uzair. Uzair suka sangat. Lebih suka naik bas dari naik airplane sebab naik airplane bukan kali pertama bagi Uzair for this journey. Tapi bas sekali lagi saya ulang pertama kali. Uzair tak puas naik bas kerana jarak antara International terminal dan Domestic terminal agak dekat. Uzair menangis tetap nak naik bas. Mama dan papa pujuk Uzair dan sementara menunggu flight ke Palmerston North, Uzair naik mini helicopter dalam terminal.


Kami meneruskan perjalanan ke Palmerston North yang mengambil masa lebih kurang 45 minit daripada Auckland.

Edisi Flashback: So long Malaysia


Penerbangan MH dari Kuala Lumpur International Airport ke Auckland International Airport pada 27 Mac 2009.

Catatan ini asalnya telah dibuat dalam blog muffin2 setelah 2 minggu kami berada di bumi Kiwi. Namun disebabkan blog muffin2 akan dihentikan, jadi saya pindahkan catatan tersebut di sini. Jadi ia umpama catatan kenangan perjalanan kami dari Kuala Lumpur ke Palmerston North. Alhamdulillah, kini kami telah dua tahun barada di sini, menjalani kehidupan sebagai pelajar, saya dan mysoulmate, pelajar postgraduate di Massey University dan Uzair Aqil pelajar preschooler di Lollipops Educare. Kami semua belajar di sini. Belajar agar menjadi lebih baik dan semoga ia diterima sebagai ibadah kami kepada Maha Pencipta. Ameen.

Ketika ini saya, suami (mysoulmate) dan Uzair Aqil (UA) telah berada di Palmerston North, New Zealand. Dah hampir 2 minggu kami sampai di sini. Keadaan kami baik sbb byk dibantu oleh sahabat-sahabat Malaysia yg berada di sini. Tak dapat tidak, saya sekeluarga memang amat-amat berterima kasih atas bantuan semua. Ianya sangat susah nak diluahkan dengan tulisan di blog macam mana rasa bersyukur dan bertuah kerana bertemu dgn kalian semua..(kadang-kadang saya memang boleh menulis dengan gaya seskema ini).


Kronologi perjalanan bermula dari Kesuma Lakes ke KLIA. Famili semua sangat tabah. ini kisah yang betul. Tiada langsung agenda samarinda yg berlebih-lebihan. Mungkin disebabkan dah lama sangat menunggu masa nak menghantar kami pergi belajar. Jadi mind dah set up mantap untuk redhakan kami pergi. Untuk pengajian master kami tiada rezeki nak ke luar negara, kami pulun buat local. Berkat kesabaran itu, ada rezeki kami utk belajar hidup di tempat orang pulak. Memang patut famili kami kelihatan tabah amat. Memang classs!

Dalam flight MAS, pramugari memang cantik. Saya puji sebab boleh maintain untuk perjalanan kurang lebih 10 jam itu. Macam sama je muka dia dari masa boarding sampai arriving..maintain! Eh itu bukan isi cerita! Saya dah minta bendahari UPM untuk 3 seats walaupun Uzair Aqil not reach 2 lagi. Sebab lenguh juga nak beriba sepanjang flight. Dalam flight, Uzair Aqil seronok tengok movie; madagascar, cars, makan zip cadbury. Keadaan terkawal sampai laa satu ketika ni Uzair terjaga dari tidur & he realized that he is not at home. Uzair Aqil menangis. Lama juga sampai bawa ke bilik air, ke kitchen, dah letih baru dia nak tido semula. Selepas dari itu semua baik. Makan pun sedap. Dalam hati terasa inilah kali terakhir nak makan makanan Malaysia sebelum kaki menjejak bumi Kiwi.

Sepanjang 10 jam perjalanan, hati memang sayu meninggalkan keluarga tersayang di Malaysia. Tapi kami gagahkan juga kerana ini sebahagian tugas kami dan jihad kami untuk menuntut ilmu. Perasaan takut, berdebar pun ada. Ini pertama kali kami belajar di luar negara, jadi masih kurang jelas dengan semua perkara. Maklumlah tempat baru. Namun bersyukur tidak terhingga kami pada Allah SWT atas rezeki ini. Semoga perjalanan ini menjadi pengalaman yang baik dan berguna buat kami. InsyaAllah.