Friday, May 18, 2007

pagi jumaat yang sedikit mendebarkan. lebih kurang jam 5am terasa ada sedikit contraction. dalam hati saya terdetik adakah di pagi jumaat ini? tapi ternyat cuma false contraction, sekarang saya sedang menaip di ofis. keadaan baik2 sahaja. baby masih suka bermain dalam womb mamanya. sangat positive bila mendengar bacaan Al-Quran. hari2 saya tak pernah jemu berbual dan bergurau dengannya. bagaimana? hanya antara saya, baby dan papanya ;) buat masa ini saya tak sesibuk satu dua minggu yang lalu. masih menunggu pembetulan thesis kedua dari semua supervisory committee. jadi hanya ada urusan2 lain yang tak seberat mana. masa pembetulan thesis pertama, memang saya almost give up. too much pressure tapi saya ada life saver kan sekarang. dia banyak membantu. mendengar semua luahan, omelan dan sebagainya. dan dia switch semua itu kepada satu prospect yang positive. beri semangat semula kepada saya. sampai saya dapat siapkan draft kedua. thanks dear. dalam masa yang sama, kawan2 masih share masalah mereka dengan saya. saya tak kisah sangat pun. cuma kadang2 saya rasa macam hidup dalam drama samarinda. konflik yang melampau. memang itu kehidupan. sentiasa ada masalah dan menyelesaikan masalah. masalah saya sendiri pun tak kurang. tapi dengan izinNya masih dapat diatasi. alhamdulillah. dalam masa menunggu kehadiran baby ni, banyak benda yang saya belajar. belajar penjagaan baby, pendidikan baby, macam2. itu semua ilmu baru yang buat saya sangat excited. lepas balik dari darul syifa' untuk air selusoh (ikhtiar untuk memudahkan bersalin) dan bertanya ustaz tentang nama baby, kami dah decide nama yang lain dan we r happy for that decision. harap baby pun suka. macam baby suka tengok epl and bob the builder ;) masa sedang menaip ni, baby move and kick a lots, dia pun nak contribute. huhu. another thing, kami tengah cuba set up satu bisnes baru. sebab susah nak kaya la jadi academician ni..hehe..(bukan untuk tujuan itu! cuma nak tambahkan income, ye laa kan dah bertiga). to be continue..