Friday, April 01, 2011

Daun di pohon sudah menguning dan mula gugur satu persatu ke bumi. Musim luruh menjengah lagi setelah puas menikmati musim panas yang benar-benar bermakna tahun ini. Syukur padaMu ya Allah di atas ruang dan kesempatan untukku menikmati kebesaranMu. Lingkaran kehidupan masih di tidak jauh dari yang sebelum ini. Ya aku masih dalam perjalanan tuntutan ilmu yang mana telah membuatkan aku faham erti semakin dituntut ilmu itu semakin banyak yang belum difahami lantas semain banyak yang harus dipelajari. Kini diusia yang menginjak ke tiga puluhan aku masih setia ke sekolah. Satu jangka masa yang panjang sejak aku mula bersekolah di umur tujuh tahun. Allahuakbar hampir 23 tahun. Alhamdulillah rezki ini yang Kau berikan untukku dan aku mahu cuba sebaik dan sedaya mungkin untuk melunaskan tanggungjawabku. Disaat ini aku bukan menuntut semata-mata untuk diri sendiri tapi juga untuk anak-anak bangsaku. Itu amanah yang aku perlu selalu ingat di hati. Walau hebat dugaan untuk aku tempuh aku mesti berusaha untuk menghadapinya. Berdoa pada yang maha Kuasa tanpa jemu. Yakin insyaAllah ada jalannya, jangan berputus asa. Bila berasa susah, aku cuba ingatkan diri ini tentunya ada orang yang jauh lebih susah dari apa yang aku hadapi. Aku mahu mendidik diri ini supaya sentiasa bersyukur atas segala kurniaanNya. Bukankah susah itu juga nikmat yang diberi Allah SWT?