Thursday, October 27, 2011

I think this is one simple and brilliant talk about Hudud. May Allah SWT keep us on the right path.


Wednesday, October 12, 2011

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:
Allah berfirman:
“Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku.
Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam dirinya, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam Diri-Ku.
Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka.
Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari.” [HR Muslim]

Jadi sentiasalah bersangka baik dengan Allah SWT. Walau hidup ini bukan sentiasa indah percayalah insyaAllah ada hikmah disebalik setiap apa yang berlaku.

Saya telah didiagnosis punya IBS (Irritatable bowel syndrome) di akhir tahun 2009. IBS ini menyebabkan sakit perut yang teruk di bahagian abdominal (bahagian tengah), ia juga boleh menyebabkan sembelit (constipation) atau cirit-birit (diarhea). Secara medical, IBS ini belum diketahui apa punca spesifiknya. Namun antara faktor yang memungkinkan IBS ini berlaku adalah stress dan kerisauan (anxiety). Saya memang seorang yang sangat mudah risau dan membawa kepada stress, mungkin ini punca masalah IBS saya.

Jadi saya rasa perubahan sikap (attitude) adalah perlu. Saya belajar untuk 'take it easy on everything'. Saya banyak mendengar ceramah-ceramah agama dan motivasi. Antara yang memberi impak mendalam dalam diri saya adalah apabila saya mendengar kata-kata Prof Dr Muhaya, "Orang yang selalu risau adalah orang yang bersangka buruk dengan Allah SWT kerana tidak yakin dengan ketentuan Allah SWT, Rasulullah saw bersabda: Allah berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku". Sejak dari pada itu, saya tekad mahu berubah. Saya cuba sentiasa berfikiran positif dalam semua hal. Alhamdulillah, keadaan saya semakin baik. Kesimpulanya, berusahalah untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT kerana itulah sebaik-baik penawar.

Tuesday, October 11, 2011

Uzair Aqil & Mama

Uzair Aqil & Mama moment



Pictures above were taken during Uzair Aqil 3rd year birthday & his aqiqah.

Credit to Fairuz (Photographer)

Wednesday, July 13, 2011

Monday, July 11, 2011

 -Kau tidak boleh punya pendapat kau yang berbeza, kau mesti setuju dan sama pandangan dengan semua, jika kau lain, kau mesti tutup mulut walau mungkin kau itu benar-

Friday, May 27, 2011

Gefeliciteerd met je verjaardag

It is mean Happy Birthday in Dutch!


Written by me yesterday (May 26, 2011)

Oh me closely heading 30 yo. Sometimes it’s quite hard to believe but that’s the reality that I have to face. Some people probably will say there nothing significant with the number. Because they said how you live your life is rather important. I do agree with this but as an ordinary human being the feeling of getting older still there. I am kind of thinking the appropriate way to behave when I am already reached 30. Not necessary at all isn’t? I should be just like me. Although maybe some of childish part need to be reduced or at least control. The rest should be just as usual. It is not same with the feeling when you heading to 20. When I am thinking back to that moment, it was really excited. It felt like I am just entering the young adult stage, where we define ourselves energetic, adventurous, full of courage etc. Then how about 30? Be matured, behave matured and act matured. Yes I know no different yet that is the only thing cone on my mind. I know I am narrowing my mind and over react towards this entire thing. ..zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..I end my last few hour at the age of 29 sleeping without posting anything in this blog. Even though that what I wish to do really..
Speed limit in Massey University is 30km/j :)

Ditulis hari ini (27 Mei 2011)

Emo semalam sudah berkurangan. Pagi ini ku sapa dengan riang. Solat subuh, mandi pagi di musim dingin dan teruja melihat kotak hadiah di atas meja study. Terima kasih cinta untuk kawan baik, kawan gaduh, teman jiwa saya Ismail Fitry. Saya sangat suka hadiah hari lahir ini. Setelah dibelek-belek buku pertama, ya saya akan cuba Potato scone untuk sarapan pagi kita hari ini. Resepi dari Gran’s Family Table. Mudah, cepat dan yang paling penting sedap. Uzair suka dan makan beberapa ketul potato scone with butter sebelum ke kindy pagi tadi. InsyaAllah nanti kita masak lagi ye potato scone Uzair..

My lovely birthday present from hubby XO


Misi seterusnya untuk hari ini selepas menghantar Uzair ke kindy ialah ke jualan buku Red Cross. Bermula hari ini 27 Mei hingga Ahad, 29 Mei 2011. Mengikut poster yang tertera, lebih 60,000 buku akan dijual. Memang teruja. Ini adalah kali kedua kami berborong di jualan buku Red Cross. Tahun lepas hanya sempat pergi di hari terakhir dan di jam terakhir sebelum jualan tamat. Buku masih ada tapi tidak banyak pilihan. Cuma yang lebih seronok, 1 jam terakhir ini diberikan lagi diskaun 50% untuk semua buku yang dibeli. Buku dan sememangnya murah-murah, dimurahkan lagi. Tapi tahun ini, memang kami berazam nak pergi awal. Mula jualan jam 10 pagi, kami bertolak dari kindy Uzair kurang lebih jam 9.30 pagi. Sampai di Barber Hall, Arena Manawatu kawasan parking telah penuh, orang dah mula beratur menunggu untuk masuk ke dewan jualan. Kami terpaksa parking agak jauh, mungkin dalam 500m dari tempat jualan. Tapi masih tetap bersemangat. Sampai di Arena Manawatu, kami terus masuk barisan, ada dalam 100m dari pintu masuk. Orang-orang sini memang suka baca buku dan beli. Walaupun tak jangka keadaan sampai macam tu tapi tak terkejut pun. Menghabiskan masa lebih kurang 2jam membelek, memilih dan membuat bayaran.


Buku-buku yang dibeli pagi tadi



by Le Cordon Blue. Semalam baru tonton semula Julie & Julia, Le Cordon Blue ialah sekolah memasak yang Julia sertai ketika dia berada di Paris..


Bargain price on Jamie O!

Kesimpulannya hari ini penuh dengan buku-buku resepi. Inspirasi untuk terus memasak!

Monday, May 16, 2011

Monday, April 04, 2011

Pulut pagi


Pulut, ikan kering, ayam goreng kunyit, daging satay dan kelapa garam
Sarapan pagi dengan perasaan kerinduan suasana di Malaysia.

Sunday, April 03, 2011

Kau laksana bulan



Aku suka drama adaptasi novel ini; Kau laksana bulan. Terasa macam menonton drama korea, babak-babak yang asyik buat aku tersenyum dan menyentuh jiwa. Pendukung watak-watak dalam drama ini juga memberikan lakonan yang sangat berkesan; antaranya Zul Huzaimi sebagai Firas Ali, Ayu Raudhah sebagai Adrianna Johan. Hasil tangan yang sangat baik Aina Emir, penulis novel dan juga skrip bagi drama ini.

Edisi Flashback: Uzair Aqil turns 3


Uzair Aqil with his birthday cake :)

Uzair Aqil turned 3 years old on last Saturday, 29th May 2010. time fly so fast that make us hard to believe now he is already 3 years old-mama's baby now become a big boy. He now officially in preschooler room at his kindy. It was not so difficult for him to transfer from toddler room into preschooler room because some of his friend is already been transferred there. Good job Uzair! Happy Birthday Dear!

May 29, 2010

Edisi Flashback: Volume 29

Oh! sudah Volume yang ke-29.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih diberi peluang bernafas di bumiNya.
Semoga diberi kekuatan untuk menjadi yang lebik baik. Saya berdoa agar mampu menjadi isteri yang taat, dicintai suami, anak yang solehah pada kedua ibubapa dan ibu yang disenangi dan disayangi anaknya. Ameen.

May 27, 2010

Edisi flashback: Uzair Aqil & ABC

Uzair Aqil is learning the alphabet. He has ABC poster and magnetic on the fridge.

Uzair learn ABC at his kindy and home. At his kindy, they were thought one letter weekly. If that week is for P, most of the activities planned by his teacher will begin with P. For example, last two weeks Uzair and friends were really had a great time making and baking pizza. Now, he knows P for Pizza.

At home, Uzair normally play around with the magnetic ABC that he have on the fridge. He asked mama or papa to spell his name using the magnetic ABC. He definitely recognizes a letter U for the first letter of his name. Then, Uzair searched for the other letter to complete his name. He is very happy every time he manages to spell his name on the fridge. U.Z.A.I.R A.Q.I.L – that’s really awesome!

What else he do with the magnetic ABC? He also enjoys matching the magnetic letter with the same one on the ABC poster. Uzair certainly can tell us the example on the ABC poster like banana and he will ask mama and papa what letter is for banana? That’s B Uzair, B for Banana. All in all, Uzair have a great time with ABC.

February 5, 2010

Edisi Flashback: Kia ora


Biri-biri antara ternakan utama di New Zealand. Dikatakan jumlah biri-biri di sini adalah melebihi dari jumlah penduduknya iaitu lebih kurang 4 juta orang.

Alhamdulillah kami selamat tiba di Auckland International Airport. Kia Ora! bahasa Maori yang bermaksud 'be well or healthy' atau makna santainya adalah ucapan 'Hi'. Frasa ini memang biasa digunakan di New Zealand. Catatan disini juga olahan dari entri di blog Muffin2 dan merupakan kesinambungan catatan 'So long Malaysia'.

Kami transit di Auckland. Memang tak sabar nak turun dari flight sebab keletihan 10 jam perjalanan. Bila dah berjalan di terminal ketibaan, proses kemasukan ke New Zealand pun bermula. Tidak boleh terus pick up luggage ya. Ada procedure verifikasi dengan pihak imigresen New Zealand duhulu. Passport kami diperiksa secara teliti dan ditemuduga ringkas tentang tujuan dan durasi kami di New Zealand. Untuk ke proses verifikasi tersebut kami terpaksa melalui beratur queue yang panjang. Namun, kami amat bersyukur proses kami dengan NZ imigresen selesai tanpa masalah.

Seterusnya proses pengambilan luggage dan declaration. Declaration adalah satu proses di mana kita mesti mengistiharkan memberitahu pihak kastam NZ semua barangan yang tersenarai sebgai barangan yang perlu diistihar. Antaranya ubat-ubatan, makanan dan sebagainya. Boleh rujuk di website imigresen NZ untuk senarai lengkap barang-barang yang mesti diistihar ini. Kami mengambil langkah selamat dengan membuat senarai barang makanan dan ubat-ubatan yang kami bawa. Ini akan memudahkan proses, kerana takut-takut kita terlupa antara barang yang dibawa. Terima kasih Diyana kerana advice kami tentang hal ini. Tiba di tempat pemeriksaan, kami serahkan borang declaration yang telah diberikan dan telah diisikan di dalam flight. Pegawai yang bertugas memeriksa borang dan beg kami yang berisi makanan. Kami telah letakkan semua makanan dan ubat-ubatan di dalam satu beg. Jadi bila perlu diperiksa seperti ini hanya satu beg yang perlu dibuka. Ketika itu kami berdoa harap-harap semua makanan terutamanya susu Uzair dan ubat-ubatan dibenarkan untuk dibawa masuk ke New Zealand. Alhamdulillah lulus kecuali serunding daging. Kami anggap tiada rezeki kami dan sememangnya kami jelas bahawa produk daging adalah tidak dibenarkan. Malah saya sangat bersyukur barang yang lain boleh dan selmat dibawa masuk. Yang penting adalah susu Uzair Aqil. Syukur Alhamdulillah. Bonus di sini, kuih genderam pun dibenarkan, kami beritahu isi kandungan kuih dan pegawai tersebut benarkan. Terima kasih. Tambahan di para ini: kami dikenakan bayaran lebihan barang sebanyak NZD 35.


Dari Auckland International Terminal ke Domestic Terminal, kami menaiki bas transit yang disediakan. Ini memang pengalaman yang seronok kerana ini merupakan pengalaman pertama Uzair menaiki bas. Hari-hari di Malaysia mama dan papa asyik tunjuk bas kepada Uzair dari dalam kereta sahaja, tak sempat nak bawa naik. Mula-mula naik tu, Uzair senyap dan menikmati rasa naik bas. Half way baru dengar suara Uzair. Uzair suka sangat. Lebih suka naik bas dari naik airplane sebab naik airplane bukan kali pertama bagi Uzair for this journey. Tapi bas sekali lagi saya ulang pertama kali. Uzair tak puas naik bas kerana jarak antara International terminal dan Domestic terminal agak dekat. Uzair menangis tetap nak naik bas. Mama dan papa pujuk Uzair dan sementara menunggu flight ke Palmerston North, Uzair naik mini helicopter dalam terminal.


Kami meneruskan perjalanan ke Palmerston North yang mengambil masa lebih kurang 45 minit daripada Auckland.

Edisi Flashback: So long Malaysia


Penerbangan MH dari Kuala Lumpur International Airport ke Auckland International Airport pada 27 Mac 2009.

Catatan ini asalnya telah dibuat dalam blog muffin2 setelah 2 minggu kami berada di bumi Kiwi. Namun disebabkan blog muffin2 akan dihentikan, jadi saya pindahkan catatan tersebut di sini. Jadi ia umpama catatan kenangan perjalanan kami dari Kuala Lumpur ke Palmerston North. Alhamdulillah, kini kami telah dua tahun barada di sini, menjalani kehidupan sebagai pelajar, saya dan mysoulmate, pelajar postgraduate di Massey University dan Uzair Aqil pelajar preschooler di Lollipops Educare. Kami semua belajar di sini. Belajar agar menjadi lebih baik dan semoga ia diterima sebagai ibadah kami kepada Maha Pencipta. Ameen.

Ketika ini saya, suami (mysoulmate) dan Uzair Aqil (UA) telah berada di Palmerston North, New Zealand. Dah hampir 2 minggu kami sampai di sini. Keadaan kami baik sbb byk dibantu oleh sahabat-sahabat Malaysia yg berada di sini. Tak dapat tidak, saya sekeluarga memang amat-amat berterima kasih atas bantuan semua. Ianya sangat susah nak diluahkan dengan tulisan di blog macam mana rasa bersyukur dan bertuah kerana bertemu dgn kalian semua..(kadang-kadang saya memang boleh menulis dengan gaya seskema ini).


Kronologi perjalanan bermula dari Kesuma Lakes ke KLIA. Famili semua sangat tabah. ini kisah yang betul. Tiada langsung agenda samarinda yg berlebih-lebihan. Mungkin disebabkan dah lama sangat menunggu masa nak menghantar kami pergi belajar. Jadi mind dah set up mantap untuk redhakan kami pergi. Untuk pengajian master kami tiada rezeki nak ke luar negara, kami pulun buat local. Berkat kesabaran itu, ada rezeki kami utk belajar hidup di tempat orang pulak. Memang patut famili kami kelihatan tabah amat. Memang classs!

Dalam flight MAS, pramugari memang cantik. Saya puji sebab boleh maintain untuk perjalanan kurang lebih 10 jam itu. Macam sama je muka dia dari masa boarding sampai arriving..maintain! Eh itu bukan isi cerita! Saya dah minta bendahari UPM untuk 3 seats walaupun Uzair Aqil not reach 2 lagi. Sebab lenguh juga nak beriba sepanjang flight. Dalam flight, Uzair Aqil seronok tengok movie; madagascar, cars, makan zip cadbury. Keadaan terkawal sampai laa satu ketika ni Uzair terjaga dari tidur & he realized that he is not at home. Uzair Aqil menangis. Lama juga sampai bawa ke bilik air, ke kitchen, dah letih baru dia nak tido semula. Selepas dari itu semua baik. Makan pun sedap. Dalam hati terasa inilah kali terakhir nak makan makanan Malaysia sebelum kaki menjejak bumi Kiwi.

Sepanjang 10 jam perjalanan, hati memang sayu meninggalkan keluarga tersayang di Malaysia. Tapi kami gagahkan juga kerana ini sebahagian tugas kami dan jihad kami untuk menuntut ilmu. Perasaan takut, berdebar pun ada. Ini pertama kali kami belajar di luar negara, jadi masih kurang jelas dengan semua perkara. Maklumlah tempat baru. Namun bersyukur tidak terhingga kami pada Allah SWT atas rezeki ini. Semoga perjalanan ini menjadi pengalaman yang baik dan berguna buat kami. InsyaAllah.

Inspirasi


Inspirasi mama & papa..

Inspirasi mama papa

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Selawat dan salam untuk Rasulullah saw, beserta keluarganya yang mulia, sahabatnya yang tercinta dan pengikutnya yang setia hingga akhir zaman.

Saya berdoa agar catatan-catatan di sini memberi kebaikan untuk semua terutama buat suami tercinta dan anak mama yang tersayang. Di sini merupakan kompilasi pengalaman yang mama dan kita lalui bersama. Segala yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu adalah dari kelemahan saya sendiri..

..dan kamu sentiasa menjadi inspirasi mama untuk ke arah yang lebih baik, InsyaAllah.

Kenapa aku diuji?




Subhanallah indahnya ciptaan Allah SWT..begitulah indahnya islam sebagai 'way of life'

Sekadar berkongsi artikel yang saya kira dapat memberi kekuatan kepada kita dalam kehidupan seharian.

KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka...-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI...

"...dan jgnlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." -Surah Yusuf ayat 12

p.s: Mohon maaf, saya terlupa sumber artikel ini. Dan sebenarnya material ini telah dipost di sini sekitar tahun 2005 sebagai entri Food 4 Soul. Namun kerana isinya yang sangat-sangat bermanfaat saya post sekali lagi sebagai salah satu entri di tahun 2011.

Ayam Kenny Rogers



Ayam panggang Kenny Rogers
Alhamdulillah. Resepi yang selalu menjadi kegemaran kami sekeluarga. Terima kasih pada blogresepi untuk resepinya. Saya sertakan juga di sini resepi tersebut. Mudah dan membuka selera...


Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam
  • Bahan marinate ayam 
    • 3 biji bawang besar
    • 4 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
    • 2-3 tbsp sos black pepper (saya gunakan sos HP+crushed black pepper)
    • 2 tbsp madu
    • 1 kiub ayam Knorr
    • 2 tbsp gula
    • 2 tbsp mixed herbs
    • 1 1/2 tsp garam
    • sedikit air untuk mengisar bahan-bahan marinate
    • sedikit mentega
Cara-cara:
  1. campurkan semua bahan marinate dengan sedikit air dan kisar
  2. lumurkan pada ayam (bhg luar, dalam dan di bawah kulit ayam)
  3. perap 1 1/2 jam (hari ini saya tak sempat nak perap pun sebab dah terlewat untuk lunch)
  4. sapu mentega keseluruhan ayam
  5. bakar selama 1 1/2 jam atau hingga masak (untuk 1/2 jam pertama, sapu ayam dengan minyak dan bahan marinate yang menitis, supaya ayam tidak kering. Saya juga balikkan ayam tersebut setiap 1/2 jam)
Hari ini ayam panggang ala Kenny Rogers dimakan bersama side dish nasi, salad kentang dan boiled baby carrot.

Edisi Flasback: Project cupcakes II

Hari cuti 1 Januari lepas, saya sekali lagi berkesempatan membuat cupcakes bersama 2 orang petugas saya yang paling setia. Kali ini kami cuba chocolate chip cupcakes. Alhamdulillah result yang baik. Dapat 24 biji cupcakes..yang mana kebanyakannya saya isi agak penuh sehingga hasilnya agak kembang2. Huhu. Berkemungkinan jika isi separuh boleh dapat dalam 30 biji. Dan x kembang melampau.. dari segi rasa..panelist saya kata sedap..diorang memang asyik sedap memanjang. Tapi komen mereka itu amat bermakna sekali bg saya. Kerana merekalah inspirasi saya memasak.

MSM kata “b, make sure nanti anak-anak dah pegi mana sekalipun tapi bila balik rumah diorang akan request sumthing from their mama to cook”. Dalam maknanya tu..saya ambil kata-kata itu sebagai pembakar semangat. Saya bukan pandai masak sangat dan tentunya kurang pengalaman. Nak banding dengan mummy dan mak memang jauh laa ketinggalan. “Diorang dah masak lama..senang citer since dari masa kita kecik..so almost 27 years dah mummy dan mak masak..mana laa tak terer” (MSM, 2008). Dia bg semangat kat saya tuhh..TQ and I really appreciate it ;)

Berbalik kpd projek cupcakes II (saya ini memang mudah tersasar..hmm..tapi masih mahu bersukan archery. Entry lain pls..) OK OK..saya gembira dapat buat cupcakes bersama. Berdebar2 tunggu masa tgh bake..berdoa agar menjadi. Dan ultimate makan bersama. UA makan banyak..mama x ingat berapa biji tapi mama remember UA asyik “nak nak”..Alhamdulillah. Dalam entry kali ini saya typekan sekali resepinya..including the 1st projek juga. Dan akan quote author that recipe book. Nanti plagiat pula..ye laa inikan bukan resipi saya. Adalah menjadi impian saya untuk mencipta resepi sendiri suatu hari nanti. Satu hari manis/one sweet day! (arghh kamu ni mmg pakar direct translation juga..)


adunan bahan2 chocolatechips cupcakes..


setelah dimasukkan dalam paper cup dan sedia utk masuk oven


cupcakes sudah mula mengembang..hoho byk sgt laa letak adunan..over kembang!


hasil projek cupcakes II ;)


sesi uji rasa oleh trained panelist saya. Aaauumm..comelkan?


dah selamat 1 cupcake..


anda semua mesti cuba tau! (Uzair-Aqil, 2009)


UA: "hehe..saya mau makan lagi"

Cupcake Mentega
Bahan2:
250 g mentega
250 g tepung berserbuk penaik
200 g gula castor
5 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla

Cara2:
Pukul mentega dan gula hingga gebu
Masukkan telur satu persatu berselang-seli dgn tepung
Masukkan tepung dan pukul hingga kembang
Masukkan esen vanilla dan kacau rata
Tuang adunan dalam bekas cawan
Bakar dlm ketuhar bersuhu 180C selama 15-20 min atau hingga keemasan
Sejukkan sebelum dihias dengan krim
(Nor Aini Adnan, Variasi Cupcakes, 2008)

Untuk krim hiasan
Bahan2:
125 g mentega
125 g lelemak sayuran
80 g gula kastor
1 sudu besar susu sejat
1 sudu kecil esen vanilla

Cara2:
Pukul lelemak sayuran dan mentega hingga berwarna putih
Masukkan gula dan pukul hingga gula larut
Masukkan esen vanilla dan susu, pukul rata
Boleh dibahagikan kepada beberapa bhg dan warnakan dengan warna yang anda inginkan
(Nor Aini Adnan, Variasi Cupcakes, 2008)

Cupcake coklat chip
Bahan2:
250 g mentega
250 g tepung berserbuk penaik
200 g gula castor
50 g coklat chip
60 ml susu coklat
5 biji telur
1 sudu kecil pes coklat
esen vanilla
coklat chip

Cara2:
Pukul mentega dan gula hingga gebu
Masukkan telur satu persatu berselang-seli dgn susu dan tepung
Masukkan tepung dan pukul hingga kembang
Masukkan esen vanilla dan pes coklat, pukul lagi
Masukkan coklat chip dan kacau rata
Tuang adunan dalam bekas cawan dan taburkan coklat chip
Bakar dlm ketuhar bersuhu 180C selama 15-20 min atau hingga kekuningan.
(Nor Aini Adnan, Variasi Cupcakes, 2008)

p/s: Untuk resepi Cupcake coklat chip, saya gunakan milo bagi menggantikkan susu dan pes coklat..kerana itu bahan sedia ada di rumah. Rasanya sedap jugak ;)

Edisi Flashback: Project cupcakes I

Saya suka tengok cupcakes yang berwarna warni. Saya hanya suka lihat. Makan biasa-biasa saje. Sekali lagi saya suka sebab cupcakes comel. Itu permulaannya..tapi bila dah berkesempatan buat sendiri. Saya jadi suka makan pulak. Haa bahaya ni..mcm mana dgn diet kamu nih?!

Bermula dengan membeli satu buku cupcakes..saya berinspirasi utk mencuba. Saya ajak suami mencari kedai bahan2 kek di bandar sri damansara. Hmm sebenarnya bhn2 tu boleh je dpt kat kedai2 biasa. Tapi saya mengada2 nak pegi cari jugak kedai itu. Sebab saya teringin nak tengok semua bhn2 buat kek dan juga peralatan2 yg mungkin saya perlukan. Maklumlaa pertama kali.. Hampir satu jam berpusing2 di kawasan tersebut sehinggakan Uzair Aqil lena..kedai tersebut gagal kami ditemui. Huhh penat dan pening tau #$%^&..kami balik semula ke rumah mummy. Sebabkan tak puas hati saya ajak adik pegi sekali lagi (sebelum tu kami pg sendiri sbb adik xde di rumah dan ingatkan senang boleh cari sendiri)..hehe kali ni mmg pasti jumpa sbb dia selalu pg kedai itu utk beli bhn2 kek utk diletakkan di kedai mummy. Huhhh geram pun ada masa sampai di kedai itu..apa taknya tadi saya dan suami juga UA sudah lalu di deretan kedai itu. Kenapa boleh x perasan pulak..hish hish hisshh nak jadikan bab percubaan membuat cupcakes lebih mencabar laa ni..huhu..

Kedai itu mmg best..ini alamatnya, sesapa nak buat kek, cupcakes, cookies dan apa2 saja yang sewaktu dgnnya boleh laa dtg kedai ini (saya buat iklan free aje ni..)
HOUSE OF INGREDIENTS 3 Jalan Gangsa SD 5/3E Sri Damansara 52200 Kuala Lumpur
Hehe saya belanja mcm2 jugak petang itu..semua bhn2 yg saya perlukan ada..paper cup pun ada mcm2 bentuk..rambang mata babe! Tapi sambil memilih barang asyik berperang dgn si lasak Uzair Aqil. Dia pun sibuk pilih bhn2 dia sendiri..faham2 je laa..UA mmg very high curiosity..semua pun nak tau. Semua toddler mmg mcm tu kebiasaannya. Antara bhn yg saya beli adalah buttercup, self raising flour, paper portion, acuan, sparkling candy, deco powder yellow/blue/pink/green, lady bird candy, shortening etc. penuh le sebakul..hehe semangat cupcakes. Satu lagi asbab kenapa saya betul2 nak buat cupcakes ialah kami dapat FABER stand bowl mixer dalam cabutan bertuah annual dinner faculty. Tuah anak laa tu..


Watak penting yang menolong mama membuat cupcakes


Begitu tekun mendengar penerangan mama menngenai job spec UA petang itu..haha



Cubaan pertama UA..


Sewaktu stage ini..di mana staff saya yg paling berdedikasi itu? ;)


Hoho UA tido..dia letih sbb sebelum membantu mamanya yg kemaruk nak buat cupcakes, UA telah berlatih acara berenang gaya bebas..


Masukkan adunan ke dalam paper cup


Bakar selama 20 min 180°C


Yeayea..sudah mula mengembang ;)


Cupcakes yang sudah dikeluarkan dari oven..eh nampak laa masaknya x sekata sbb oven itu mcm bermasalah (bhg kiri akan lebih cepat masak compared to the other side) tapi saya sudah cucuk semuanya utk confirm sudah masak..hehe conventionalnyerr


Bangun tido terus jadi sensory penalist..seriusnya


Waa sedap sgt ke tuh? Hehe..UA: edap mama / aku: haaa terharunya


Empat color gula icing


Alhamdulillah..antara hasil projek cupcakes I

Terima kasih semua yg membantu secara langsung atau tidak..speech poyos2.. maklum laa pertama kali buat cupcakes..Nanti kita buat Projek Cupcakes II ye..hiphip hooray

Edisi Flashback: Sushi date



ohh syukur alhamdulillah papa dah lulus master of science with minor correction. kami bangga dengan papa. untuk itu papa telah berbesar hati belanja mama makan sushi. terima kasih. uzair aqil belum boleh makan sushi lagi. mama bimbang sebab sushi boleh dikategorikan sebagai semicooked dan selalunya raw. yang mana ada kemungkinan terdapat microorganisms yang toddler mcm uzair aqil x boleh nak resist. mama n papa kira resistant laa. huhu..lagi pun ini lunch date papa n mama. *winkwink*







p/s: Entri ini adalah dalam edisi flashback. Material ini dipindahkan dari blog saya yang satu lagi kerana blog berkenaan tidak akan disambung lagi.

Edible garden



Ini adalah salah satu impian saya iaitu ingin growing edible garden di rumah. Cuma buat masa ini saya memang tak berkesempatan nak merealisasikannya. Sebab saya dan suami sedang melanjutkan pengajian kami di New Zealand..InsyaAllah. jadi untuk entry kali ini saya ingin berkongsi info mengenai edible garden yang boleh kita semua buat di rumah masing-masing. Tak kiralah di depan, tepi atau belakang rumah. Di sesetengah tempat edible garden dah dijadikan sebagai projek komuniti. Di mana mereka berkongsi laman dan tanaman.



Kenapa kita perlu grow our own edible garden? Ada banyak sebab..antara yang saya pernah baca adalah seperti berikut:
 Nutritional value : bila kita menanam sendiri, kita boleh mengawal bagaimana cara penjagaannya..dari segi penggunaan baja dan sebagainya jadi bila ia dituai (harvested), hasilnya kita akan mendapat tanaman yang sihat dan sedap rasanya.

 Eat produce at its best : hasil tanaman biasanya akan mulai hilang nutritional valuenya pada ketika ia dituai. Pada masa inilah selalunya berlaku moisture loss, quality and nutrient degradation dan juga kerosakan yang disebabkan oleh microb. Dengan kata lain, semakin lambat sayuran atau buahan dimakan selepas ia dipetik semakin kurang qualiti rasa dan nilai nutrisi sayuran atau buahan itu.

 Food Security : dengan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu dan masalah kekurangan stok makanan, growing edible garden adalah salah satu alternative yang dapat mengurangkan masalah tersebut.

 Hobi yang sihat : sejak dari dulu lagi aktiviti bercucuk tanam ini diakui adalah salah satu aktiviti riadah yang menyihatkan. Kita dapat dua dalam satu, badan yang sihat (semasa gardening) dan hasil tanaman yang segar dan berkhasiat (hasil gardening).

 Keep your wallet happy : ia boleh dianggap sebagai satu pelaburan untuk masa hadapan yang sangat menguntungkan. Pada awalnya, growing edible garden ini memang memerlukan sedikit modal (yelah untuk perkakasan, biji benih etc) tetapi bila tanaman dah mula memberikan hasil, ia hanya memerlukan kos maintenance yang sedikit. Pada masa yang sama kita dapat menikmati hasil tanaman tersebut.

 Mendekatkan diri dengan alam semulajadi : ini secara langsung membuatkan kita sangat menghargai alam. Baru betul2 faham istilah berbudi pada tanah..

 Sentiasa bersyukur : itu yang paling penting, mensyukuri nikmat yang Allah SWT berikan.

Friday, April 01, 2011

Hari ini aku mencuri masa untuk sekali imbas baca tulisan-tulisan di awal blog ini ditulis. Ada terasa keanakannya. Aku nak tergelak pun ada. Tapi itu semua dah jadi kenangan.
Daun di pohon sudah menguning dan mula gugur satu persatu ke bumi. Musim luruh menjengah lagi setelah puas menikmati musim panas yang benar-benar bermakna tahun ini. Syukur padaMu ya Allah di atas ruang dan kesempatan untukku menikmati kebesaranMu. Lingkaran kehidupan masih di tidak jauh dari yang sebelum ini. Ya aku masih dalam perjalanan tuntutan ilmu yang mana telah membuatkan aku faham erti semakin dituntut ilmu itu semakin banyak yang belum difahami lantas semain banyak yang harus dipelajari. Kini diusia yang menginjak ke tiga puluhan aku masih setia ke sekolah. Satu jangka masa yang panjang sejak aku mula bersekolah di umur tujuh tahun. Allahuakbar hampir 23 tahun. Alhamdulillah rezki ini yang Kau berikan untukku dan aku mahu cuba sebaik dan sedaya mungkin untuk melunaskan tanggungjawabku. Disaat ini aku bukan menuntut semata-mata untuk diri sendiri tapi juga untuk anak-anak bangsaku. Itu amanah yang aku perlu selalu ingat di hati. Walau hebat dugaan untuk aku tempuh aku mesti berusaha untuk menghadapinya. Berdoa pada yang maha Kuasa tanpa jemu. Yakin insyaAllah ada jalannya, jangan berputus asa. Bila berasa susah, aku cuba ingatkan diri ini tentunya ada orang yang jauh lebih susah dari apa yang aku hadapi. Aku mahu mendidik diri ini supaya sentiasa bersyukur atas segala kurniaanNya. Bukankah susah itu juga nikmat yang diberi Allah SWT?