Thursday, January 19, 2006

Food 4 Soul 8

Makna bacaan dalam solat.bila kita faham,moga solat kita lebih khusyuk.InsyaAllah.

Takbiratul-Ihram & Takbir
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suciAllah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yangmencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan akubukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku,matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dankepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku darigolongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagiAllah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yangmenguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepadaEngkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalanorang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan merekayang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlahdarjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku danmaafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksibahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammaditu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas NabiMuhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksibahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammaditu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammaddan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim danatas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganyasebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim didalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkautunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkausejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkaupimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikanpadaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapunyang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidakterhina orang yang memperolehi pimpinanaMu. Dan tidak mulia orang-orang yangEngkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggiEngkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yangtelah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. DanAllah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganyadan sahabat-sahabatnya