ayah cakap semua binatang yang mati akan hilang terus.tak masuk syurga atau neraka.ayah cakap macam tu setelah letih dia mendengar saya hendak berjumpa dengan semua kucing2 dan ikan saya yang dah mati dekat syurga nanti.comeli,lamat,meowommot,meowabbit,blackie,ciyakee,songjoo dan ikan saya horlick.hari tu saya tengok al-hidayah ustaz wan sohor kata,masa hari perhitungan di padang mahsyar,semua binatang akan diadili dahulu.selepas itu,mereka akan menjadi debu dan tanah. tak masuk syurga atau neraka.sama macam yang ayah pernah beritahu.hari ini saya kehilangan horlick sekali lagi.ini horlick2.dari semalam masa bawa pulang ke rumah,dia agak pasif.tak seperti ovaltine.saya sangka mungkin masih tidak serasi dengan tempat baru.tapi tak sangka hari ni dia dah tiada.seorang sahabat tanya satu teka-teki pada saya,"kenapa semut jatuh dari tingkat 5 mati tapi semut jatuh dari tingkat 17 tak mati?"..hmm dia tanya masa saya baru lepas sebut "dah ajal dia".jadi saya cuma beritahu benda yang sama sebagai jawapan.dan itulah jawapannya.dah ajal dia.dia takut saya sedih.sedih memang sedih tapi saya terima.ciyakee cikona dan tuan muda warlock tak faham apa2.diorang tgh membuat onar di bawah meja study tanpa rasa bersalah pun...