Friday, September 30, 2005

Pelajar UIAM mohon injunksi

Hak tetap hak.jangan nafikan itu.mungkin kerana rasa hak dinafikan, Mozahiri,22,pelajar thn akhir Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang universiti itu daripada mengadakan pilihanraya MPP bagi tahun 2005/06,Khamis ini.Permohonan dibuat melalui Tetuan Mohamed Hanipa & Associates di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas di sini.agak-agaknya mengapa hal dalaman kampus seperti ini boleh diseret ke mahkamah.tentu mahukan keadilan.anda berdepan dengan intelek-intelek yang berjiwa.tak mudah untuk diguna-guna sewenangnya.

Dari petikan akhbar;
Beliau memohon perintah certiorari yang mana bertujuan membatalkan Notis Pemberitahuan bertarikh 8 sept lalu yang dikeluarkan oleh UIAM. Mohaziri turut memohon perintah mandamus (memaksa pihak berkuasa untuk mematuhi perintah mahkamah) mengarahkan UIAM mengeluarkan semula Notis Pemberitahuan yang baru dan menetapkan tarikh baru pilihanraya MPP.

Selain itu,beliau memohon pengisyitiharan bahawa Notis Pemberitahuan itu adalah tidak sah,batal dan tidak mempunyai kesan di sisi undang-undang serta MPP UIA 2005/06 adalah satu badan yang tidak sah serta tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk mengendalikan pilihanraya tersebut.

Permohonan itu dikemukakan atas alasan syarat baru yang menetapkan pelajar yang mendapat CGPA tidak kurang daripada 2.8 semasa penamaan atau gred yang ditentukan oleh kementerian yang layak dinamakan sebagai calon,adalah syarat yang tidak sah,terbatal dan tidak mempunyai kesan.

Disamping itu,beliau mendakwa,Suruhanjaya Pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar (SPMPP) yang ditubuhkan untuk mengendalikan pilihanraya itu adalah sebuah badan yang tidak sah sebaliknya badan yang bertangungjawab ialah Lembaga Hal Ehwal Pelajar (BOSA).

Beliau mendakwa antara lain syarat-syarat itu adalah ultra vires (melampaui bidang kuasa),tidak munasabah,tidak logik,tidak adil,menindas dan melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Mohaziri menamakan UIAM sebagai responden dalampermohonan itu.

Dalam permohonan itu,beliau memohon mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang dan melarang UIAM,wakil-wakil,pekerja-pekerja,ejen-ejen atau pengkhidmat-pengkhidmat universiti itu daripada mengadakan dan meneruskan pilihanraya itu.

saya percaya beliau punya dokongan yang tulus daripada pelajar-pelajar sendiri dan golongan professional.dia tentu diberikan panduan dan nasihat untuk ini semua.masakan dia mampu untuk bersendirian dalam agenda ini.cuma pada saya,ini pengorbanan dia untuk mencelikkan mata yang terpejam,membangkitkan yang lena.andai kata dia terjatuh atau dijatuhkan sekali pun dalam pertarungan yang dia sendiri mulakan,pasti dia sudah bersedia.kini kita punya sesuatu untuk difikirkan,direnungkan selain hanya skop kecil hidup kita sendiri.

p/s:i’ve a dream to reading law one day.of coz after completed my PhD in food safety.might be 2012 :)