Friday, September 30, 2005

a bouquet of roses

thank you for the red roses.the color of ur sincere heart to me.i can see it.tq.
as usual :) pic will be posted later

Pelajar UIAM mohon injunksi

Hak tetap hak.jangan nafikan itu.mungkin kerana rasa hak dinafikan, Mozahiri,22,pelajar thn akhir Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang universiti itu daripada mengadakan pilihanraya MPP bagi tahun 2005/06,Khamis ini.Permohonan dibuat melalui Tetuan Mohamed Hanipa & Associates di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas di sini.agak-agaknya mengapa hal dalaman kampus seperti ini boleh diseret ke mahkamah.tentu mahukan keadilan.anda berdepan dengan intelek-intelek yang berjiwa.tak mudah untuk diguna-guna sewenangnya.

Dari petikan akhbar;
Beliau memohon perintah certiorari yang mana bertujuan membatalkan Notis Pemberitahuan bertarikh 8 sept lalu yang dikeluarkan oleh UIAM. Mohaziri turut memohon perintah mandamus (memaksa pihak berkuasa untuk mematuhi perintah mahkamah) mengarahkan UIAM mengeluarkan semula Notis Pemberitahuan yang baru dan menetapkan tarikh baru pilihanraya MPP.

Selain itu,beliau memohon pengisyitiharan bahawa Notis Pemberitahuan itu adalah tidak sah,batal dan tidak mempunyai kesan di sisi undang-undang serta MPP UIA 2005/06 adalah satu badan yang tidak sah serta tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk mengendalikan pilihanraya tersebut.

Permohonan itu dikemukakan atas alasan syarat baru yang menetapkan pelajar yang mendapat CGPA tidak kurang daripada 2.8 semasa penamaan atau gred yang ditentukan oleh kementerian yang layak dinamakan sebagai calon,adalah syarat yang tidak sah,terbatal dan tidak mempunyai kesan.

Disamping itu,beliau mendakwa,Suruhanjaya Pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar (SPMPP) yang ditubuhkan untuk mengendalikan pilihanraya itu adalah sebuah badan yang tidak sah sebaliknya badan yang bertangungjawab ialah Lembaga Hal Ehwal Pelajar (BOSA).

Beliau mendakwa antara lain syarat-syarat itu adalah ultra vires (melampaui bidang kuasa),tidak munasabah,tidak logik,tidak adil,menindas dan melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Mohaziri menamakan UIAM sebagai responden dalampermohonan itu.

Dalam permohonan itu,beliau memohon mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang dan melarang UIAM,wakil-wakil,pekerja-pekerja,ejen-ejen atau pengkhidmat-pengkhidmat universiti itu daripada mengadakan dan meneruskan pilihanraya itu.

saya percaya beliau punya dokongan yang tulus daripada pelajar-pelajar sendiri dan golongan professional.dia tentu diberikan panduan dan nasihat untuk ini semua.masakan dia mampu untuk bersendirian dalam agenda ini.cuma pada saya,ini pengorbanan dia untuk mencelikkan mata yang terpejam,membangkitkan yang lena.andai kata dia terjatuh atau dijatuhkan sekali pun dalam pertarungan yang dia sendiri mulakan,pasti dia sudah bersedia.kini kita punya sesuatu untuk difikirkan,direnungkan selain hanya skop kecil hidup kita sendiri.

p/s:i’ve a dream to reading law one day.of coz after completed my PhD in food safety.might be 2012 :)


Ada Apa Dengan Pelajar?

Mereka belajar dari sejarah.dari apa yang telah pernah berlaku.suara pelajar.suara padu yang luar biasa.memang patut sangat ditakuti hingga tiada lagi kebebasan buat insan bernama pelajar.dari mula menjejakkan kaki,tika tidak fasih lagi hidup gaya kampus semua telah diikat awal-awal melalui perjanjian yang tidak punya untung atau faedah tahunan.aku janji.bagaimana jika aku mungkir janji kelak?tapi aku sendiri pernah mungkir.maaf.ini kerana saya masih rasa punya hak mutlak ke atas diri saya.kini sampai ke detik hak memilih yang layak sebagai pemimpin kampus turut dicabuli.memang benar barangkali komentar pada 31ogos lalu.kita sebenarnya belum merdeka.minda tertutup rapat.yang ada hanya kepentingan sendiri.jadi tak mustahil sanggup menidakkan hak orang lain.tersenyum saya membaca artikel di akhbar pagi ini.bila rasa dapat menguasai tidak kira dengan apa cara sekalipun.walau keji dan kotor.sedikit pun tak punya rasa malu untuk mencanangkan kalian mendominasi.jika sebaliknya.akhbar tika itu seolah tidak wujud atau beritanya tidak penting langsung.itu lumrah bukan?kini saya tidak layak lagi untuk membuang undi di kampus.tapi telah layak membuang undi di kawasan saya sendiri.tapi nyata rindukan suasana menghafal nama-nama calon yang hendak dipangkah di atas kertas undi dan buang undi.ada lebih kurang 13 nama.bayangkan untuk kawasan bebas dan fakulti anda sendiri.itu yang manisnya.kini system undi kertas sudah tidak laku.semua perlukan teknologi.jadi pangkah di skrin komputerlah jawabnya.saya sama sekali tidak menolak teknologi canggih.cuma biarlah bertempat.biar logik.biar telus terjamin.entah.saya tidak punya pengalaman melalui system ini.namun tampak banyak yang goyah.syarat juga makin banyak untuk anda layak menjadi calon.ada syarat mungkin ada baiknya.mungkin mahu yang terbaik.kerana yang menang akan memimpin cerdik pandai.tapi andai syarat-syaratnya tidak rasional.yang nyata hanya untuk menjaga kerusi sendiri.itu namanya pengecut.apa tidaknya.anda mungkin tidak ditanding.jadi menang tanpa bertarung.umpama tiada garam dalam masakan.kan tak sedap.tapi kalau anda suka, apa boleh buat.telan sajalah.nampak di majoriti universiti, calon harapan menang tanpa ditanding.nampaknya pihak lawan memboikot pilihanraya kali ini.mereka punya alasan untuk berbuat demikian.sama ada ingin memberi kemenangan mudah atau rasa tiada guna bertanding kerana senarai mpp telah ditetapkan,pilihanraya hanya syarat atau apa saja alasannya terpulang.itu hak anda.tiada siapa menafikan.cuma saya memang punya rasa terkilan yang amat sangat bila hal ini berlaku.mana kebebasan.pelajar juga punya hak untuk berfikiran kritis.mampu membuat keputusan yang difikirkan terbaik.kenapa itu semua dinafikan.jangan fikir semua buta dalam membuat penilaian.ini sungguh memalukan.apa kena dengan sistem pendidikan tinggi kita sekarang?

..lend a hand..

Sunday,25sept05-we went to my mom shop.bndr sri damansara.the purpose is to do some arrangement and clean up the shop.alhamdulillah,we managed to do it.now,most of the item was organize in their own section.cookies wif cookies.maggi wif maggi.etc.me myself quite satisfied for wat we’ve done.its make the shop look better and well organized.so here i’d like to express my thanks to abang for helping us.

Monday, September 26, 2005

wat a frustrated nite!?!

2nd malaysian idol was daniel :( i hope i was nita.but frankly,i dun vote any.just becoz i cant brake my policy.do not get involve in any sms vote.im not so disappointed laa actually.
but then when..
ive got news that man u lost 2-1 against blackburn rovers...haaa dammit!!

Friday, September 23, 2005

serdang>bangi>bandar sri damansara>serdang::new lil shop

alhamdulillah.saya mula rasa tenang sedikit.dari bangi pagi ini saya terus ke bandar sri damansara.ingin sangat jumpa dengan bonda tersayang.kenapa bandar sri damansara bukan ampang atau wangsa maju?sebab kami ada new lil shop kat sana.baru hari kedua.ada banyak hal perlu diuruskan.tapi rasanya semua under control.insyaAllah in a week everything will be organized well. hujan selepas solat jumaat.hujan rahmat.dalam renyai saya pulang ke serdang. best of luck to mom n dad!

i'll come on sunday morning! to help u guys...

:::::cow sweet cow:::::
sumthin in de box

Thursday, September 22, 2005


jutchpittcorp.limited
sumthin in de box
hujan...
moga ada rahmat dalam titisannya

Wednesday, September 21, 2005

a touch of jutch

aku ingin jadi anak kecil
walau impian tidak mungkin
aku tetap berharap
aku rindu masa kecilku
waktu tidak mengerti apa
yang aku mahu hanya riang
hilangkan lara di jiwa
biar pergi jauh
kerna
aku penat hadapi hidup
bukan berputus harap
tapi benar-benar lelah
aku matang dengan semua ini
tapi masih perlu panduan
masih perlu perhatian
agar tidak hilang dalam liku

Monday, September 19, 2005

honey drew?

5th match-again drew,0-0.reds devils v reds.however it was an enjoyable game.thanx to 'org putrajaya' for let us lepak menonton bola.can we come again?huhu..

19.09.2005/15syaban1426

nisfu syaban.saya berharap akan punya buku amalan yang lebih baik.yang sebetulnya bukan buku amalan yang baik tapi saya sendiri perlu memastikan hanya yang terbaik dalam buku amalan saya.insyaAllah.
sekian lama tidak beriadah,saya mulakan semula dengan bermain futsal.ptg tadi mula dengan sesi latihan.on basic things.best.tq coach!ada futsal shoe baru.nike total 90.

Saturday, September 17, 2005

Food 4 Soul 5

KHUTBAH NABI SAW MENYAMBUT RAMADHAN
"Wahai manusia, sesungguhnya kamu akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasanya suatu fardhu, dan qiyam di malam harinya suatu tathawwu'."

"Barangsiapa mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhu di dalam bulan yang lain."

"Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu adalah pahalanya surga. Ramadhan itu adalah bulan memberi pertolongan (syahrul muwasah) dan bulan Allah memberikan rezeki kepada mukmin di dalamnya."

"Barangsiapa memberikan makanan berbuka seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa sedikitpun berkurang."

Para sahabat berkata, "Ya Rasulullah, tidaklah semua kami memiliki makanan berbuka puasa untuk orang lain yang berpuasa. Maka bersabdalah Rasulullah saw, "Allah memberikan pahala kepada orang yang memberi sebutir kurma, atau seteguk air, atau sehirup susu."

"Dialah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka. Barangsiapa meringankan beban dari budak sahaya (termasuk di sini para pembantu rumah) niscaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari neraka."

"Oleh karena itu banyakkanlah yang empat perkara di bulan Ramadhan; dua perkara untuk mendatangkan keredhaan Tuhanmu, dan dua perkara lagi kamu sangat menghajatinya."

"Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampun kepada-Nya . Dua perkara yang kamu sangat memerlukannya ialah mohon surga dan perlindungan dari neraka."

"Barangsiapa memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, niscaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Ku dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam surga." (HR. Ibnu Huzaimah).

Source : Islam Information Homepage

Friday, September 16, 2005

selepas katrina.ophelia pula

perbuatan baik pasti di balas baik dan yang buruk dibalas buruk.itu janji Allah.kini kuasa angkuh tentu sekali tak terbanding dengan kuasa yang Esa.satu demi satu musibah melanda. mungkin ini yang sepatutnya buat mereka?itu pandangan bila terkenangkan saudara seislam yang menderita di afghanistan,iraq.namun atas dasar kemanusiaan,semoga keadaan akan dapat dipulihkan.

Thursday, September 15, 2005

jutch : saya rasa kehilangan saya

saya rasa sedikit kaku sejak kebelakangan ini.kaku untuk mengadaptasi apa yang ada di minda ke ruang ini.entah mengapa?saya kurang pasti.bukan itu sahaja,lebih kritikal,spirit kerja saya juga terbang entah ke mana.hari-hari yang berlalu secara luarannya nampak berisi tapi sebenarnya hanya angin.saya tak dapat menggenggam apa-apa.rasa agak kecewa dengan diri sendiri.kekuatan membaca juga turut berkurangan.saya hanya mengetahui apa yang ada di tajuk2 utama berita sahaja.begitu juga dengan bahan ilmiah,jurnal dan artikel.saya kini hanya melihat titlenya sekali lalu.selebihnya saya biarkan.tidak seperti dulu.rutin hidup juga kelihatan agak kalut.saya rasa kehilangan diri saya yang sebenar.saya jadi seolah-olah kurang kenal diri saya kini.semakin saya jejak diri saya sendiri,saya merasakan semakin jauh diri saya pergi meninggalkan saya.faham ke ayat saya?saya tak mahu ada rasa negatif tapi apa yang saya lakukan untuk dapatkan diri saya semacam tidak berhasil.atau mungkin akan memakan masa yang agak lama untuk melihat hasilnya.saya kini domain.seperti bakteria yang tidak dapat berbuat apa bila diletakkan dalam situasi ekstrem.hanya mampu bertahan.tapi persoalannya sampai bila?saya agak lesu dalam survival saya sendiri.saya bimbang sekali.kini,saya menyimpan episod lara sendirian.apa lagi ikhtiar yang perlu saya lakukan?
"Ya Allah,aku pasti Kau mendugaku kerana aku mampu mengatasinya dengan izinMu.aku kini memohon petunjuk dan hidayahMu ya Allah dalam menghadapi kebuntuan ini.
amin ya rabbal alamin"

Wednesday, September 14, 2005

lecture training

its not easy as i think.of coz when it come to sumthing that u're not really familiar with.this is not a formal training.a personal training.she trust on me to replace her lecture.for a week.3h of lecture and 1 lab session.eventhough i feel a bit burden but it was a gud experience.i've to read up what info that im gonna share in the class.i dun put myself up to teaching level yet.at the moment i guess i feel comfortable remind myself that im sharing some knowledge that i know.thats all.it just started.a gud start i hope..

Monday, September 12, 2005

man u unbeaten

3rd match-man u v new castle.won 2-0(ruud,rooney)
10Sept05,4rd match-manchester derby.united v city.drew 1-1(nistelrooy again)
next match:
18Sept05,5th match-reds devil v reds.glory glory man utd.

Friday, September 09, 2005

.jangan bising sangat masa tengok bola.tengok apa dah jadi.

dah lama tak rasa perasaan macam malam ni.perasaan bila mana saya berada di luar mahkamah menunggu perbicaraan anwar atau ketika berada di tengah-tengah lautan manusia tika reformasi atau waktu hadir mendengar input yang tak mungkin disiarkan di media arus perdana.cuma dulu ia lebih cenderung ke arah politikal negara.lebih berat.lebih serius.tapi malam ini ia tidaklah seberat isu itu.isunya mungkin kecil namun tetap perlukan perhatian.kurang lebih jam 10mlm,saya dan dia sudah habis menjamu santapan malam tapi masih liat untuk meninggalkan meja.masa diisi dengan mendengar isi ceramah lepas maghrib yang dia hadiri.amat berguna.sedang berbual ada sebuah van rusa tertera tulisan **** (ini macam roda impian.anda boleh pilih huruf dan selesaikan sendiri.cuma bezanya tiada habuan material tapi habuan info).beberapa orang yang kelihatan merasakan diri mereka hebat turun dan terus menyusun kerusi dan meja yang ada di sekitar kami.apa semua ini?waktu itu saya terus terkenangkan tragedi anwar dibawa keluar dari rumah juga menggunakan van rusa.apa salah van rusa itu?ia tidak bernyawa.tiada punya akal.pastinya tidak bersalah.saya terus tersedar.ada rampasan.saya rasa berdebar.orang-orang lain yang masih menyuap nasi goreng ke mulut pasti lebih berdebar.saya dan dia ambil keputusan untuk bangun.kerana kedudukan kami yang paling hampir dalam kerja-kerja menyusun meja dan kerusi itu.bukan bangun untuk beri bantuan.mati hidup balik pun saya tak kepingin untuk bantu.cuma tidak tahau nak buat apa lagi di situ.bila kami bangun,seorang pekerja di situ menyapa "tak payah bangunlah bang".saya rasa agak sayu.walau kami tak bangun waktu itu.pasti beberapa saat selepas itu akan disuruh bangun atau dibangunkan.tak mungkin dibangunkan tapi tentunya dijatuhkan. maaf.tapi di hati saya terus berdoa pada yang Maha Esa agar kalian dipermudahkan.amin.seperti yang dijangkakan.semua yang lain terpaksa membawa pinggan dan gelas yang masih berisi untuk pindah di bahagian dalam kedai.pada masa itu salah seorang dari tetamu yang tak diundang itu berkata "kami cuma jalankan tugas sebab ada orang komplen".maknanya lepas ini semua kena makan dalam kedailah tak boleh makan kat luar-luar kedai.walaupun tak ganggu lalu lintas.atas alasan apa agaknya komplen itu dibuat.barangkali bingit semasa ada epl match.apa pun itu hak masing-masing.cuma ada pertikaian tentang etika kerja.sekalipun jalankan tugas mengapa tidak berurusan dengan pemilik kedai.nyatakan kedudukan sebenar.dan kemudian beri tahu semua agar beri kerjasama atas sebab-sebab tertentu.dan angkatlah seberapa banyak kerusi meja yang anda mahu.ini tidak.terus menyerbu.atau itu memang etikanya?saya kurang pasti pulak.jika benar,perlu diubah.need a reformation.jadi lebih profesional.bukan seperti bait lirik lagu ahli fikir.samsengsamsengsamsengsamseng.sedang menulis ini pun saya masih rasa tindakan tadi tidak rasional.tiba-tiba terasa rindu pada masa-masa lalu waktu meluah rasa kurang senang dengan tindakan pihak-pihak yang punya kuasa tapi seakan tidak menggunakan kuasa sebaik mungkin.kepada yang terkena secara langsung atau tidak langsung pada acara malam ini,banyak-banyak bersabar.ambil iktibar.perbaiki mana yang patut.buat yang begitu komited menjalankan tugas.semak semula etika kerja anda.

Thursday, September 08, 2005

::jutch's lyric::

Aku Tanpa Cinta-Mu

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kaliKu ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih

Mirwana feat. Jay Jay
p/s:latest nasyid fav.

Tuesday, September 06, 2005


sexy isn't it?huhu.hope i can drive it one day.
sumthin in de box

hanya dari jutch perspektif...

kegilaan membaca novel suatu ketika dulu kini menjadi kian pudar.atas alasan yang streotaip.sibuk.namun sejak terbaca review sebuah novel,buat saya tergerak hati untuk membeli dan mencuri masa untuk membacanya.Demi Cinta.Pitteriah Abdullah.saya tidak pernah kenal nama penulis ini.tapi saya selalu percaya setiap penulis ada gaya yang tersendiri.jadi tak salah saya cuba menyelami hasil darinya.Demi Cinta,ada idea yang sarat namun cara garapan dan olahannya banyak yang tidak selaras dengan logik akal.tentunya tak menjadi kesalahan untuk begitu imaginatif,malah itu kekuatan seseorang penulis tapi nyatanya masih memerlukan pertimbangan antara imagin dan realiti.penulis juga selalu alpa akan kronologi cerita.ini menambahkan kusut dalam penguraiannya.pengendalian watak-watak amat penting.perlu diberi perhatian sewajarnya.penulis tidak sepatutnya keliru dalam watak-watak penciptaannya. penggunaan bahasa yang kadang-kala kurang bersesuaian menjadikan ianya lebih bermasalah.saya agak keliru setelah menghabiskan naskhah yang bermuka surat lebih 400 ini.adakah ia diterbitkan tanpa melalui proses editing?sama ada disunting oleh penulisnya sendiri atau syarikat penerbitan tersebut.dan juga terfikir,sama ada yang mengisi kolum review sudah membacanya secara total atau sekadar mengambil masa 2 minit untuk mendapatkan isinya melalui sinopsis di kulit belakang sahaja.saya sama sekali tidak berniat untuk memperkecilkan sesiapa dalam tulisan saya kali ini cuma saya yakin komentar yang jujur yang sekiranya diambil dari sudut yang positif akan juga memberikan impak yang positif.dalam satu teori matematik.positif dan positif tetap menjadi positif.

Monday, September 05, 2005

Food 4 Soul 4

ISRAK MIKRAJ - Roh dan Jasad
IMAM Nawawi seorang tokoh perundangan dalam Islam, menyatakan dalam kitabnya Syarah Muslim: Perkara sebenar yang telah disepakati sama ada oleh ulama fiqh (fuqaha), ulama ahli hadith (muhaddithin) dan ulama ilmu kalam atau ilmu tauhid (mutakallimin), begitu juga para sahabat (atsar) dan para ulama dahulu dan mutakhirin, bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah diisrak dan dimikrajkan oleh Allah SWT dengan roh dan jasadnya sekali. Begitu juga Al Imam Ibnu Hajar mempunyai pendapat yang sama dalam perkara tersebut.
Menurut Imam Nawawi, tiada alasan untuk menolak hakikat Israk Mikraj Nabi S.A.W dengan roh dan jasadnya sekali, kerana peristiwa Israk dan Mikraj agung itu bukan atas usaha ikhtiar Nabi s.a.w sendiri, sebaliknya Nabi s.a.w menghebahkan kepada orang ramai bahawa baginda telah diisrak dan dimikrajkan oleh Allah SWT bersama malaikat Jibril. Kenderaan yang disediakan oleh Allah SWT bernama buraq iaitu kenderaan yang dicipta dari cahaya. Buraq kenderaan khusus untuk suatu pengembaraan Nabi s.a.w dalam perisitiwa bersejarah diisrak dan dimikrajkan ke langit. Ini bermakna bahawa Israk Mikraj adalah suatu peristiwa di luar kemampuan Nabi s.a.w untuk melakukannya, sebaliknya ia dikehendaki oleh Allah SWT berlaku ke atas diri Nabi s.a.w dengan dibantu oleh malaikat Jibril.
Allah SWT melalui firmanNya dalam ayat pertama surah Al Isra', menjelaskan tentang peristiwa Israk memulakan dengan kalimah Subhana "Maha Suci Allah." Ertinya, Allah SWT itu Maha Suci dari segala sifat kekurangan dan kelemahan. Sekalipun peristiwa Isra Mikraj itu perkara luar biasa(ajaib) di sisi akal manusia, tetapi bagi Allah SWT Yang Maha Suci dari sifat kelemahan, maka Dia boleh melakukan apa jua perkara pelik menjadi perkara biasa dan tiada yang mustahil bagiNya.
Kalaulah peristiwa Israk Mikraj itu sekadar Nabi s.a.w bermimpi pergi ke Baitul Muqaddis dan juga mimpi naik ke langit, maka kaum musyrikin Makkah tidak akan marah dan mempersenda Nabi s.a.w, kerana mimpi adalah perkara biasa bagi semua orang. Bukan Nabi Muhammad sahaja yang boleh bermimpi naik ke langit, bahkan orang yang bukan taraf nabi pun boleh bermimpi serupa itu juga.
Apabila kafir Quraisy menentang habis-habisan dan berusaha mati-matian menyangkal peristiwa Israk Mikraj yang berlaku kepada roh dan juga jasad Nabi Muhammad s.a.w ini bererti dengan sendirinya mereka mengakui bahawa Nabi diisrak dan dimikrajkan dengan roh dan jasadnya sekali. Bukannya bermimpi pergi ke langit, kerana mimpi bukanlah suatu yang luar biasa dan tidak menyebabkan orang bersengketa kerana mimpi bukan isu yang patut dipertikaikan.
Sekiranya Nabi Muhammad s.a.w itu sekadar mimpi naik ke langit sahaja, maka tidak ada mustahaknya orang-orang kafir Quraisy cabar Nabi untuk membuktikan kebenaran ceritanya dengan menerangkan rupa bentuk masjid Al-Aqsa serta jumlah pintu, tiang dan perkara-perkara yang berkaitan dengan masjid tersebut. Jika hanya dengan bermimpi, tidak mungkin Nabi s.a.w mampu menjawab semua soalan kaum musyrikin yang mengkehendaki Nabi Muhammad menjawab dengan lengkap keadaan rupabentuk masjid Al-Aqsa itu.
Pertanyaan kaum musyrikin mengenai keadaan rupabentuk masjid Al- Aqsa dengan tujuan untuk memerangkap, kerana mereka yakin seratus peratus bahawa Nabi s.a.w tidak pernah menjejakkan kaki ke Baitul Muqaddis. Sebaliknya apabila semua pertanyaan telah dijawab dengan betul, maka kaum musyrikin menjadi panik dan kebingungan. Mereka tahu bahawa Muhammad s.a.w sebelum peristiwa yang menggemparkan itu, sememangnya tidak pernah pergi ke Baitul Muqaddis, tetapi mereka hairan bagaimana Nabi boleh menjawab semua pertanyaan berhubung masjid Al-Aqsa itu.
Mereka telah hilang punca, kecuali mereka terpaksa membuat tuduhan bahawa Nabi adalah seorang ahli sihir, bagi mereka hanya ahli sihir sahaja yang boleh berbuat demikian.
Sememangnya tiada dalam ingatan Nabi s.a.w tentang rupabentuk masjid Al-Aqsa, kerana Nabi s.a.w sekadar dibawa singgah sebentar oleh Jibril untuk menunaikan solat dua rakaat. Setelah selesai solat, Nabi s.a.w telah dihidangkan dua bejana yang mengandungi dua jenis minuman, satu bejana mengandungi susu dan satu bejana lagi mengandungi arak. Setelah itu, Nabi s.a.w mengambil bejana yang mengandungi susu, dan tindakan Nabi memilih bejana mengandungi susu mendapat sanjungan dari Jibril kerana menepati fitrah manusia. Sesi minuman itu dalam masa yang singkat, selepas itu Nabi s.a.w naik ke langit bersama Jibril dengan kenderaan Buraq.
Tidak terfikir oleh Nabi s.a.w untuk melihat persekitaran masjid Al-Aqsa, jauh sekali hendak mengingat jumlah pintu dan jumlah tiang serta lain-lain perkara yang berhubung masjid Al-Aqsa. Bagaimanapun Allah SWT tidak membiarkan Nabi dan RasulNya terperangkap dalam percaturan jahat puak musyrikin Makkah yang cuba hendak memalukannya. Ketika Nabi Muhammad agak termangu dengan pertanyaan puak musyrikin, Allah SWT datangkan Masjid Al-Aqsa ke hadapan Nabi s.a.w yang sedang berdiri pada HIjir Ismail. Justeru itu Nabi dapat melihat masjid Al-Aqsa dengan jelas, sehingga begitu mudah Nabi menjawab semua pertanyaan puak musyrikin dengan tepat.
Kejadian Israk Mikraj yang berlaku kepada Nabi s.a.w sememangnya suatu peristiwa yang sukar untuk difahami oleh akal dan fikiran manusia secara biasa. Persoalannya bagaimana Nabi naik ke langit dengan kenderaan Buraq yang terdedah kepada persekitaran angkasa lepas, ia boleh membahayakan fizikal manusia biasa. Nabi menempuhnya tanpa sebarang persiapan untuk maksud tersebut, sebaliknya Nabi s.a.w diarah oleh Tuhan secara mendadak untuk misi Israk dan Mikraj ke langit yang ditemani oleh malaikat Jibril.
Bayangkanlah, ketika manusia mencipta kapal terbang untuk pengangkutan udara, mereka terpaksa mengkaji bertahun-tahun untuk membolehkan manusia berada dalam pesawat udara pada kadar ketinggian tertentu dan masa yang agak lama. Bukan saja keselamatan pesawat tetapi juga keselamatan penumpang menjadi keutamaan.
Tetapi Nabi s.a.w ke langit yang tertinggi iaitu ke Sidratul Muntaha dengan tidak ada kawalan fizikal, suatu tempat yang malaikat Jibril pun tidak boleh sampai padanya. Allah SWT izinkan RasulNya Muhammad s.a.w menjejakkan kaki ke tempat yang amat tinggi itu tanpa pakaian keselamatan (menurut istilah sekarang), sekadar pakaian biasa yang ada pada tubuh Nabi ketika itu.
Dengan kelajuan seperti kilat menyambar, kenderaan Buraq terdedah kepada persekitaran angkasa lepas yang tidak mampu dilalui oleh manusia biasa. Tetapi Nabi s.a.w selamat pergi dalam peristiwa Israk Mikraj itu, dan selamat pulang setelah meredah angkasa raya hanya dalam masa satu malam sahaja. Nabi s.a.w telah menjejakkan kaki ke bumi Makkah menjelang subuh.
Keadaan luar biasa itu sebenarnya adalah mukjizat Allah yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w, mukjizat itulah yang amat sulit untuk difahami. Peristiwa Israk Mikraj yang amat menakjubkan, mendorong golongan kafir musyrikin Makkah semakin hebat mempersenda Nabi s.a.w setelah gagal untuk menafikan peristiwa tersebut.

(tazkirah oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat )

Friday, September 02, 2005

israk mikraj

alhamdulillah.saya masih bernafas untuk israk mikraj 1426.sama2lah kita mengambil iktibar yang cukup bererti dari peristiwa yang dialami junjungan nabi SAW.

p/s:artikel mengenai israk mikraj akan menyusul di post akan datang!

adakah ini suatu hijrah...

serdang-2sept2005.saya dan rakan2 akan berpindah ke rumah baru.tapi masih rumah sewa.bukan rumah yang dibeli.keadaan rumah baik.tentu lebih elok dari yang sekarang.beban sewa akan sedikit berkurang.jangan perlekehkan yang sedikit itu.kalau kena gaya,simpan boleh buat pegi umrah.sape tau kan.ini serius.tiada nada gurau.berbalik hal rumah,saya dan rakan2 sangat teruja.punca utama sudah tidak larat membaikpulih rumah yang sekarang ini.dan pada saya personal,saya perlukan environment yang baru.lebih kondusif.saya nakkan perubahan dari semua aspek.yang nyata lebih positif.semua hal perpindahan akan diuruskan secepat mungkin.bermula dengan esok "wash n wash" rumah baru.hip hip hoorey!buat ombakkk

drama kecil hari merdeka

adakah mentaliti kita kini semakin dangkal?mungkin dek kerana terlalu banyak sogokan hiburan.bermula dengan adegan peluk memeluk antara pelajar suatu akademi yang tak perlukan sebarang kelayakan dari sudut akademik tapi tentunya dari aspek yang lain.kini budaya peluk tanpa mengira batas semakin menjadi-jadi.ini bukan isu baru.tapi dulu bukan di kaca2 atau dada2 media yang menjadi tontonan atau bacaan.mungkin hanya celoteh nakal anak2 muda.namun hari ini situasinya berubah.apa saja yang dirasai,sedih,gembira,apa sajalah yang boleh dirasai seolah-olah membolehkan kita untuk memeluk sesiapa sahaja.hal di akademi sudah ada yang terpanggil untuk memberi teguran.dan ada perubahan mungkin.saya bukan pengikut jadi kurang pasti sejauh mana impak teguran tersebut.cumanya yang mengingatkan saya kembali hal ini bila ada sebuah drama kecil di hari merdeka.dimana peluk ini diibaratkan sebagai ikatan saudara yang begitu akrab.ia tentunya benar bila,berpeluk antara ibu dan anak,abang dan adik,siapa sahaja asal masih mahramnya.tapi apa hal pulak kalau yang memeluk dan yang dipeluk bukan dalam kategori ini.untuk jawapan ringkas pastinya haram.itu hukum bukan adat.dari artikel mengenai hal ini boleh dikatakan dari awal mula perenggan hingga hampir ke akhir perenggan punya perkataan 'peluk' dan 'berpeluk'.apa agaknya reaksi pembaca yang lain.mungkin ada yang terima sebagai, ia hanya bahan berita tanpa perlu memikirkan lebih lanjut tentangnya,tapi pasti bukan saya.mungkin ada yang seperti saya.masih tertanya-tanya inikah ole-ole untuk rakyat malaysia di hari merdeka?saya tak pasti tentang itu. cuma ia yang nyata bukan ikutan yang bermanfaat untuk semua.sebab tak memberi pahala bahkan sebaliknya.saya juga punya jiwa muda jadi saya agak terkilan andai golongan yang dikatakan punya karisma kepimpinan tidak mampu berikan tauladan yang sewajarnya.jauh di hati saya terdetik apa yang adik-adik remaja saya yang masih mencari nilai dan identiti diri berfikir tika melihat drama kecil ini?

p/s:juga teringat saya pada komentar seorang ibu.dia kata dia anggap peluk ini sebagai budaya kasih sayang.terpulang pada kita nak lihat bagaimana.jika kawan,kawanlah.saudara,saudaralah jadinya.terus-terang saya katakan hati ibu saya pasti terluka jika saya lakukan hal yang sama dan saya punya alasan seperti komentar tersebut.terima kasih ibu atas didikanmu.ibu hantar saya ke sekolah agama rakyat.sesi petang selepas sekolah kebangsaan.saya selalu cari alasan untuk bercuti tapi mungkin itulah asasnya.

Thursday, September 01, 2005

MERDEKA!

selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-48 buat negara yang kucintai bumi bertuah Malaysia dan seisi warganya.
aku dan dia bersama berada di palace of justice,boulevard putrajaya memeriahkan sambutan hari kemerdekaan di sana.menyaksikan pelbagai formasi menarik,perbarisan yang cukup bersemangat,pancaragam yang menghiburkan.
nyanyian lagu Negaraku yang menusuk di kalbu.penghayatan dalam bait-bait liriknya.
"aku ingin jadi pemandu jet pejuang.airforce pilot"
kataku spontan ketika menyaksikan kehebatan jet pejuang membelah dada awan.aku kagum.
moga sambutan kemerdekaan tidak hanya tinggal sambutan,
menifestasinya adalah jauh lebih penting.lebih bermakna.