bukan hidup namanya andai tidak pernah tercuit
namun sebagai perempuan biasa
hati kecil ini selalu tersinggung
bila ditanya dengan siapa perlu aku berasa demikian
aku terdiam
entah
masakan aku tersinggung dengan Pencipta yang Maha Agung
buat aku beristighfar panjang
walau getir yang melanda jangan sekali iman ini goyah
itu sahaja harta yang ada yang tak mungkin dibeli
fikiran warasku cuba memujuk
ini ujianNya
menguji sejauh mana kecintaanku pada Dia
andai cinta itu tulus
aku seharusnya hadapi dengan senyuman
walau sepahit mana pun bila ditelan
jangan sekali menoleh ke belakang
aku perlu teguh dalam laluan ilmu ini
beserta munajat yang tidak pernah putus
pada yang Maha Pengasih
hanya Dia yang Maha Mengetahui
apa yang terbaik untukku