microbe's life can be psychrophiles, mesophiles, thermophiles, halophiles, xerophiles or osmophiles; they'll learn and try to adapt..so do us in whatever philes it will be, we’d adapt even better
Tuesday, November 22, 2005
komersial bernas yang tidak bernas
pernah lihat komersial beras bernas?tentu pernah walau sekilas.garapan environment kesultanan melayu di balairong seri.pada saya komersial itu hanya melepaskan batuk di tangga. kadang kita lihat komersial yang menarik tapi tak sampai.dan ada juga yang sebaliknya,tak menarik tapi kita faham.cuma yang ini rasanya tak menarik dan tak sampai.tak tahulah saya bagi mata dan akal anda.sinematografi yang langsung tidak fokus.sound system yang tidak tajam.seperti bercakap di dalam gua.apa yang mereka hendak kita tahu dari iklan ini? penyampaian info juga lemah.hanya berdasarkan perbandingan.perbandingan yang tiada basis.kosong.jika melihat dengan teliti,hampir di akhir komersial berkenaan seorang dayang di sebelah kiri raja telah membuat satu isyarat badan yang semua kita akan faham ia bermaksud tidak waras atau kata kasarnya gila.jangan perlekeh scene tersebut.ia tidak sesuai untuk dikomedikan.adakah konklusinya apa yang telah dikatakan atau penilaian raja/sultan berkenaan terhadap kualiti beras sebenarnya tidak boleh dipakai,tidak boleh diambil kira?kerana raja/sultan tersebut tidak waras.kan dah lain jadinya.kenapa hal yang sebegini penting pun terabai?di akhir komersial,di sebelah bawahnya ada tercatat penghargaan pada fakulti sains dan teknologi makanan,universiti putra malaysia.haa itu fakulti saya tapi malu betul nak beritahu pada teman tentang itu kerana komersial yang terhasil tiada nilai.cuma sebagai info; semua kerja-kerja penyelidikan beras yang dijalankan adalah sangat saintifik.dan yang terkini rupa-rupanya isu komersial ini telah dibahaskan di parlimen.ia dikatakan memperlekehkan institusi kesultanan melayu.saya diberitahu oleh seorang teman mengenai hal ini,jadi apa sebabnya saya kurang pasti.cuma nyatanya tiada lagi komersial tersebut di kaca tv akhir-akhir ini.bagus juga.tak menyakitkan mata.carilah idea yang lebih bernas.sesuai dengan jenamanya.