Monday, April 24, 2006

URUS SETIA MAJLIS BUKU KEBANGSAAN MALAYSIA (MBKM)
Secretariat of National Book Council of Malaysia
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Ministry of Education Malaysia
ARAS 14, BLOK E12, PARCEL E,
Level 14, Block E12, Parcel E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
Federal Government Administrative Centre,

62604 PUTRAJAYA.

Tuan,
PERADUAN MENEKA BILANGAN BUKU DALAM PROTON SAVVY SEMPENA PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2006 (PBAKL 2006)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pihak Jawatankuasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2006 (PBAKL 2006) ingin mengucapkan tahniah kepada tuan kerana terpilih sebagai salah seorang pemenang peraduan di atas.

3. Sehubungan itu, tuan adalah dengan ini dijemput untuk hadir ke majlis penyampaian hadiah peraduan tersebut yang akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 19 April 2006 (Rabu)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Dewan Tun Hussein Onn
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
Kuala Lumpur
Pakaian : Batik Malaysia

Kehadiran tuan amat dialu-alukan. Sila maklumkan kehadiran tuan melalui talian 03-8884 7015 / 019-219 4254 sebelum atau pada 17 April 2006.

Untuk makluman tuan, pihak urus setia tidak menanggung kos perjalanan dan penginapan untuk menghadiri majlis ini.

Kerjasama tuan dalam menjayakan program ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“MEMBACA JAMBATAN ILMU”

Saya yang menurut perintah,
SITI MAZLIN ABDUL RAHMAN
b.p. Pengarah


p/s:Thankful to Allah for the rezki.we've got a lerun mountainbike.and wat a small world, the savvy winner was my neighbour kat ampang,kak long anak uncle jamil.congrats!
now we can cycling at putrajaya instead of just playing control car ;)