pernah satu ketika saya ingin memohon jurusan sains politik.selepas mendapat keputusan spm.namun,ayah kurang bersetuju.ayah tak pula nyatakan kenapa dia kurang setuju.ntah sampai hari ini pun saya tidak pernah tanya.mungkin ayah fikir setelah tamat pengajian, kerja yang bakal saya perolehi akan berkait rapat dengan dunia politik malaysia yang dia sendiri kurang gemar.mungkin.tulisan ini bukan satu tulisan kesalan kerana tidak mengikuti jurusan sains politik.malah saya gembira dengan kerja yang saya buat sekarang ini dan saya masih berpolitik.dan sekarang saya jelas bahawa politik itu bukan hanya politik negara.politik ada di mana2.saya pernah terbaca satu artikel yang mana penulis mengatakan politik itu bermula dari rumah lagi.dari kamus dewan, makna politk adalah 1.ilmu, berkaitan cara2 pemerintahan, ilmu siasah, ilmu kenegaraan. 2.segala sesuatu yang berkaitan dengan pemerintahan sesebuah negara dan hubungannya dengan negara lain. 3.kelicikan,muslihat dan tipu muslihat.memang nampak maknanya menjurus ke arah politik sesebuah negara.itu hanya dari satu sudut.ia perlu dilihat dengan skop lebih luas.yang mana bila sebut pemerintahan.sebenarnya di mana2 pun ada pemerintahan.walau hanya menjadi ketua darjah.masih dikira pemerintahan.jadi jika di rumah, ayah dan ibu adalah PM dan TPM.anak2 jadi rakyat.boleh jadi rakyat biasa,boleh jadi sebahagian daripada kerajaan ibu dan ayah (biasanya anak sulung) dan ada pilihan menjadi pembangkang.jadi benar politik itu dari rumah lagi.sekarang bila terdengar ada orang berkata "saya tak mahu involve politik", "saya rasa politik itu kotor" atau mungkin "politik bukan untuk saya". mengarut.memang frasa2 itu selalunya merujuk kepada politik negara tapi frasa itu tampak kurang bijak.sebab kita masih turun mengundi, masih memuji atau mengkritik parti2 politik.kita berpolitik hari2. berpolitik secara sedar atau tidak sedar.untuk makna ketiga,politik adalah kelicikan, ,muslihat dan tipu muslihat.saya kurang setuju.saya bukan menentang dewan bahasa dan pustaka.tapi secara peribadi saya tidak rasa makna itu untuk politik.itu adalah antara makna untuk pengamal politik.
saya menulis hari ini kerana saya fikir kita tidak boleh tidak berpolitik.politik yang bersih.boleh ke? mumy selalu kata "kita yang buat dia,bukan dia yang buat kita".maksud frasa itu,boleh.jadi,dalam hal ini "kita yang berpolitik,bukan politik yang berkita".juga membawa maksud boleh.seseorang itu tidak mampu untuk hidup dalam dunia dia sendiri.kita berurusan, berkomunikasi dengan persekitaran kita setiap hari.secara tidak langsung kita berpolitik. saya fikir politik mengajar kita untuk berdiplomasi,mampu membuat keputusan sewajarnya,berkomunikasi dengan baik, menjadi flexible (tidak rigid) selagi tidak membelakangkan hukum tuhan.sebenarnya,saya cuma mahu kata yang politik itu sangat luas.