Wednesday, October 05, 2005

suatu petang empat octopus=oktober05

pemanduan agak lancar selepas tol sungai pencala walau kereta nampak makin banyak.tapi semakin perlahan bila menghampiri one utama.saya terpandang electronic signboard ADA KEMALANGAN KENDERAAN PERLAHAN.hati dah runsing sejauh mana akan bergerak macam ni.ada dalam 2km rasanya.tiada kemalangan jiwa.hanya langgar belakang.lepas tu,keadaan ok sikit.bila di kelana jaya hari makin gelap,lebih kurang jam7.10malam.saya semakin resah sebab trafik semakin kritikal.kritikal sebab saya benar2 mengejar masa.mungkin juga saya bukan pengguna laluan itu secara regular pada waktu2 puncak jadi terasa sangat rimas.teruk benar.saya toleh ke kereta di kiri dan kanan saya,nampak lesu tapi macam dah biasa.inilah keadaan seharian mereka barangkali.bila di tol sunway memang dah gelap.7.40 rasanya.ahh padatnya.seolah satu formasi yang lintang pukang dari mungkin 10 laluan tol kemudian bergerak untuk mencari ruang sendiri kepada 4 laluan.ketika itu otak saya tengah sibuk nak buat pilihan.nak teruskan perjalanan ikut puchong atau bukit jalil.saya nak yang bolah sampai cepat.ya Allah yang mana?saya betul2 tak tau.hati saya macam berat nak ikut puchong.nak masuk highway semula tapi bila dah dekat simpang,saya terus ikut laluan bukit jalil.dan saya sempat menoleh.puchong sangat sesak.perjalanan saya lancar sampailah di astro.bergerak sangat perlahan.tiba2 saya rasa kelopak mata saya panas.sebab saya dah bergenang air mata sebab takut tak sempat solat maghrib dan solat terawih berjemaah pada malam pertama ramadhan.saya rasa teramat sayu.suatu rasa yang saya tak pernah rasa.memang kita selalu diingatkan terawih tu sunat,jangan sampai melebihi yang wajib.saya tetap ingat.cuma ramadhan kali ini memang berbeza dengan yang sebelum ini buat diri saya.itu biarlah saya simpan sendiri.sambung perjalanan semula,saya tak ikut serdang raya,masuk ke highway besraya.kereta banyak tapi masih boleh pandu 110km/j di laluan kanan.sampai rumah jam 7.55.alhamdulillah saya selamat sampai akhirnya.bergegas untuk solat maghrib.mandi.ke surau untuk solat isya' dan terawih berjemaah.saya sangat gembira.hilang letih seketika bila berada di rumah Allah.