Wednesday, October 19, 2005

bagaimana mahu boikot?

saya sedang bercelaru memikirkan email seorang sahabat.ia mengenai brand2 yang sepatutnya diboikot.basisnya kerana profit dari belian barangan tersebut akan buat saudara seislam kita lebih menderita.khususnya saudara kita di palestin.brand2 yang tersenarai semuanya dikaitkan dengan zionis,yahudi.sebagai insan yang masih punya ihsan saya tidak mahu turut menyumbang ke arah itu.tidak sama sekali.pada page permulaan buat saya terdetik di hati 'taklah susah sangat sebab tak banyak sangat barang hak milik saya dari jenama Johnson & Johnson.seingat saya cuma mandian di waktu pagi dan pelembab yang jarang2 digunakan'.lega.tapi cuma seketika sahaja.bila dah melangkau ke page yang berikutnya.Masyaallah.boleh kata majoriti barangan harian saya berada dalam senarai.terdetik pula 'mampukah aku nak boikot ni?'.bermula dengan berus gigi saya : oral B, kemudian ubat gigi: colgate, seterusnya mouthwash: juga oral B, mandian pagi: johnson & johnson, lipstic: maybelline, coklat kegemaran: mars, makanan kegemaran: macD, paper-mate stuf: pen, liquid paper etc,.....saya punya masalah untuk recall semua brand dalam senarai tersebut :( saya buka email tapi di sini menggunakan satar (opps salah,teringatkan juadah semalam yang dibeli di param putrajaya :) star office 7,banyak page yang hilang.saya pun tak pasti kenapa.jadi barangan akan diupdate kemudian.......persoalannya sekarang patutkah saya menukar semua brand yang telah saya gunakan untuk sekian lama kepada suatu brand yang lain.yang kebanyaknya sudah sebati dengan saya.saya sangat konfius.persoalan ini timbul kerana terlalu banyak barangan peribadi saya yang tersenarai.saya juga ada rasa takut,andai benarlah.adakah saya menyeksa saudara sendiri?

update barangan;
hak milik saya yang tersenarai:
nike (bags,shoe,futsal ball,tumbler), reebok (bags,shoe,tracksuit), converse (bags,windbreaker), hugo boss (parfume:intense), palmolive (shower gel), lancome (eyeliner), MAC cosmetic (loose and compact powder),
estee lauder (mascara), intel (pentium 4:notebook), kotex, kleenex, scott, jacob biscuit.
regular used:
burger king, macD, Pizza Hut, KFC, carrefour, nestle products (kit kat,nescafe,maggie,after8), coke, sprite, donone yogurt, evian, campbell