Friday, February 03, 2006

januari

baru pulang dari kelas.drive laju2 balik serdang selepas singgah di damansara sekejap.'pengungkit no. one' balik rumah di rawang.dia tertinggal atm card masa balik last week.dan selama seminggu sebelum dan selepas gaji telah mengokok saya. dia janji akan bayar esok semuanya.saya akan minta dia bayar double atau paling tidak tambahkan budget dekstop saya.kejam ke? taklah.dua tiga hari ni juga,saya asyik bimbang data tak cukup untuk satu thesis.tapi supervisor saya pernah cakap dah cukup.dia kata lepas dua lagi treatment dah enough.stop ur lab work.pergi enjoy (itu dia tak cakaplah..saya sendiri ;) dan hari ni saya dapat jumpa dia.discuss tentang data yang telah dianalisis secara statistikal.seperti biasa doc beri komen dan tanya soalan yang sangat banyak.saya kira selepas diskusi itu buat saya lega.sekali lagi doc bagitau dah cukup untuk dapat satu master.jadi sekarang boleh lebih fokus untuk perincian data yang telah siap dianalisis.masa rasa berlalu dengan sangat cepat.saya rasa macam kena kejar dan penat jugak bermarathon.dalam masa semua benda saya nak siapkan dengan segera,banyak juga halangan.jadi ini adalah marathon berpagar.bukan senang2 boleh lari lurus je.saat saya menaip ini saya di makmal.guna pc di bilik saya.ini atas sebab laptop saya bermasalah.dan telah dihantar di service center di cheras. mungkin agak lambat juga untuk disiapkan.jadi saya terpaksa mendapatkan desktop.sebab saya ada banyak urusan yang sangat urgent untuk diselesaikan.jasa baik mr.pitt dan mr.shafel amat dihargai.diorang yang pilih spec dan akan setup desktop untuk saya.terima kasih daun keladi.cuti am lepas saya balik ke damansara,saya bawa semua buku2 dan journal2 saya.ingat nak continue menulis thesis.tapi most of the time saya berada di kedai.bantu mummy.bila spend time kat kedai buat saya berfikir,walau sibuk mana pun ayah dan mummy,mereka nak kami ada sama.cuma situasinya berbeza.kalau sebelum ni,ayah dan mummy akan bawa saya dan/atau adik ke ofis dan minta kami kira dan tuliskan tender.cuma bila keadaan dah lembab macam sekarang ni.payment pun banyak sangkut.dan sementara takde project ni..ayah dan mummy cari alternatif lain.kedai yang ada sekarang ni.dan seperti sebelumnya,ayah dan mummy nak sangat saya ada di kedai bila saya balik ke sana.bukan suruh buat kerja sangat tapi lebih kepada perkongsian masa bersama.itu yang saya dapat masa tengah susun milo dalam chiller ;) dalam masa sebulan ni saya rasa banyak benda yang saya lalui selain hal2 kerja.antaranya,pada 8 Jan jam 11.32am saya dapat satu msg yang mendebarkan.ini msg itu; Kak nadiah dlm labor room at az-zahrah.pls pray dua2 selamat n cepat bersalin.tentu sekali saya akan doakan.11.35am; I'm in great pain now.lagilah buat saya takut.alhamdulillah jam 5 ptg pada hari yang sama,kak nad selamat lahirkan baby boy; mohd.najwan.malam itu saya pergi melawat kak nad di az-zahrah.she was so tired.syukur semua selamat.congrats for u both.one happy family.tapi bila baca semula msg kak nad buat saya :) sebab masa dia tgh struggle,dia masih mampu bersms.kagum saya.hehe.ada satu perkara yang saya asyik gagal buat sejak masuk 2006 dan 1427H..beriadah.bila plan petang nak jogging,selalunya masih di lab.bila pagi pulak,tak terbangun.dah lama tak main squash,main tenis,futsal,swimming..huhh apa nak jadi dengan saya ni.dah tak sihat hidup saya.jadi perlu lakukan juga.mesti tabah.chaiiyookkk!saya mahu berhenti sekarang.