microbe's life can be psychrophiles, mesophiles, thermophiles, halophiles, xerophiles or osmophiles; they'll learn and try to adapt..so do us in whatever philes it will be, we’d adapt even better
Tuesday, August 07, 2007
baru ada kesempatan utk menulis lagi di sini.setelah 70 hari menjalani satu lagi fasa baru dalam kehidupan.syukur kepada Ilahi di atas anugerah yang tidak ternilai ini.saya kini mama kepada little caliph yang sangat comel..uzair aqil bin ismail fitry.semua macam mimpi.mimpi yang terindah.biar sesukar mana pun yang saya lalui ketika melahirkan uzair aqil..semua tetap jadi yang terindah bila saya tatap mukanya yang comel tu..uzair aqil lahir sehari selepas hari lahir saya.29 mei 2007.saya telah diinduce pada pagi 28 mei 2007 dan air ketuban pecah pada tgh harinya..lebih kurang jam 1 tgh hari.dan diinduce kali kedua,bukaan hanya 1 cm.sudah mula terasa contraction sehingga dimasukkan ke labour room pada jam 8 mlm.ketika itu bukaan pada 3 cm.masih sakit contraction yang teramat sangat.jam 12 tgh mlm, bukaan 4 cm.ketika itu saya sendiri dah minta utk ceasor.ada dua sebab,satu kerana saya sgt risaukan keadaan baby sebab air ketuban dah pecah sejak tgh hari lagi yang mana dah hampir 12jam..saya pernah baca baby still fine if air ketuban pecah within 12 hours, jadi saya takut apa2 yang tak diigini berlaku pada baby.dua sebab saya sendiri dah tak tahan sakit tapi bukaan hanya 4 cm, yang mana utk bolehkan push baby pada bukaan 10 cm.saya request pada doc tapi she said we wait for another 4 hours and see how.saya terima walaupun sangat berat hati.tapi dia yakinkan saya baby still ok.jam 4 pagi,bukaan hanya bertambah 1 cm.jadi 5 cm.masih tak boleh nak push baby.doc said, i'd poor progress and have to send me to OT (operation theatre).mula2 saya taklah takut sangat.form pun saya sign sendiri.tapi bila saya dengar doc dan nurse cakap 'make sure dia jumpa husband dia before send her to OT' buat saya rasa takut sangat.sebab masa hantar ke labour room, takde laa mcm tu.tapi waktu itu,tiada apa yang mampu saya buat melainkan tawakal pada Allah.jam 5 pagi saya dihantar ke OT.first thing yang saya fikir..sejuknya bilik ni..then,saya dibius separuh. saya sendiri rasa mengantuk maybe letih almost 8 hrs contraction.tapi saya takut nak tido sampai bila dah tak thn saya tanya doc yang bius tu takpe ke kalau saya tertidur.dia jawab takpe.ok.tapi saya sendiri bukan nak tido cuma takut kalau tertido dan ada komplikasi yang lain pulak.sedar tak sedar,saya terasa perut saya ditekan sangat kuat dan suara baby menangis.kuat sangat. Alhamdulillah..syukur pada Allah.itu pada jam 5.39 pagi.hampir nak waktu subuh.baby ikut mama dia..saya pun lahir waktu pagi,jam 5.05 pagi.bila baby dah dibersihkan, nurse tunjukkan baby pada saya dan for the first time saya dapat tgk dan cium baby.tak terkata apa perasaannya..selesai semua,saya dihantar ke wad.after 4 hrs tu saya dah mula rasa sakitnya.bius dah habis.baby dengan saya pada waktu tu.saya sendiri tak mampu utk bangun langsung.masa tu sedih sgt sebab tak boleh nak breastfeed uzair aqil.satu hari tu uzair aqil minum formula milk.2nd day, saya dipaksa jugak utk bangun walau sakitnya Tuhan saja yang tahu.sebab kalau saya tak cuba bgn, keadaan saya akan bertambah teruk.jadi saya gagahkan juga.lebih bersemangat bila tgk uzair aqil.hari kedua saya dah mula belajar breastfeed uzair aqil.bukan senang.tapi saya cuba.hubby sangat membantu.dia bagi full support dalam masa saya hadapi semua ini.saya balik berpantang di rumah mummy.6 weeks dia jaga saya dan uzair aqil.hari2 makan ikan haruan.Alhamdulillah luka saya beransur baik.sekarang uzair aqil dah 2 months and 2 weeks.saya pun dah mula bekerja.sedih sangat masa nak hantar uzair aqil kat nursery, sebab tak pernah berpisah dalam masa dua bulan.tapi inikan tanggungjawab.saya terpaksa walau sangat berat hati. uzair aqil sendiri macam merajuk, tapi kami pujuk dia..uzair aqil sekarang dah pandai ajak berbual dgn bahasa dia sendiri..'age' 'hawuu' etc. jadi hari2 tak sabar nak balik kerja..;)
Subscribe to:
Posts (Atom)