Friday, February 12, 2010

Massey-Pagi Jumaat yang damai dan segar dengan hujan renyai yang menyapa bumi. Ya Allah..kami bermohon padaMu agar hari ini lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Pagi kami bermula dengan keterujaan Uzair Aqil untuk ke kindy..oohh benar-benar buat hati ini girang. Hari ini adalah 'Cultural Day' di Lollipops Educare. Uzair bawa kuih bakar (kuih tradisional Malaysia), poskad Petronas Twin Tower, Kuala Lumpur dan yang paling kacak hari ini..anak mama pakai baju melayu :) Fasa kerja menanti selepas ini..

Weekly meeting with my supervisory committee. Everything went well. But deep in my heart, I'm not satisfied with my own progress. My work rate is really turning down lately. I'm not 100% focussing in my work. So not happy with me. What I should do? Start working harder starting today, make sure there are something great to be share with them..my supervisory committee. Their so so eager towards this project, why dont me? what asshame rite? It's never too late. Take the positive part and move forward. Chaiyokkk!!!

Cukup tentang kerja2 saya di sini. Cuma berita yang saya lihat hari ini (bukan di main stream newspaper) sangat menyentap jiwa. Ya Malaysia selalu punya berita2 yang mampu menyentap jiwa bukan? tapi hal ini telah buat perasaan saya sangat bercampur baur. Pihak yang diharapkan menjaga keselamatan warganya telah membuatkan saya semakin sangsi. Kejadian ini telah berlaku sekitar akhir tahun lepas, cuma saya yang terlepas pandang. Mungkin kerana terlalu membaca di arus perdana..mungkin. Kes ini juga telah pun diadukan ke Suhakam semalam. Di bawah ini adalah petikan berita berkenaan:

Wanita dakwa ditembak polis tanpa sebab...

Seorang wanita ditembak polis ketika berada dalam kereta, malah ditendang sehingga patah tulang rusuknya semasa merangkak keluar dari kereta, dengan darah yang mengalir dari tubuhnya. Sejumlah lima tembakan ditujukan kepadanya, dengan dua tembakan terkena pada lengan dan pergelangan tangan, satu pada dada, di samping dua lagi terlepas tetapi meninggalkan luka.

Ketika kejadian ini berlaku, wanita yang bernama Norizan bt Salleh ini berada di sebelah kiri tempat duduk belakang dalam kereta, bersama seorang wanita dan dua orang lelaki yang lain. Mereka yang sedang dalam perjalanan mendapati sebuah kereta MPV muncul di sebelahnya secara tiba-tiba, dan polis di dalam kereta itu mula menembak sebelum mereka mengetahui apa yang berlaku sebenarnya.

Norizan bt Salleh, 30 mendedahkan insiden yang berlaku pada awal pagi 30 Oktober 2009ini dalam satu sidang media, bersama peguamnya Surendran, ibunya Siti Alimah bt Abu, Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya dan AJK Wanita PKR Rozaini Mohd Rosli, semalam.

Dipaksa untuk membuat pengakuan

Menurut Norizan, rakannya dalam kereta turut diseksa, malah dipaksa polis untuk mengaku bahawa mereka telah melakukan jenayah merompak. Apa yang peliknya, mereka tidak melalui prosedur soal siasat dan tahanan. Oleh itu, Norizan yang tidak mempunyai rekod jenayah langsung tidak tahu mengenai "kesalahan yang dilakukannya" sehingga hari ini, lebih-lebih lagi beliau tidak didakwa di mahkamah.

Mengimbas kejadian yang berlaku tahun lalu ini, Norizan menceritakan bagaimana beliau pulang ke rumahnya dari rumah kawan di Segambut, Kuala Lumpur pada pukul tiga awal pagi, dengan menaiki kereta Waja. Mereka melalui MRR2, dan beliau mendapati sebuah kereta MPV di sebelah kereta mereka ketika dalam perjalanan.

Menurut Norizan, polis di dalam kereta itu menghalakan pistol ke arah mereka, dan mula menembak sebelum mereka sempat berhenti. Peluru menembusi kereta mereka, malah lima tembakan dilakukan ke arah dirinya, dengan salah satu terkena pada dada, sehingga darah mengalir tanpa berhenti.

Norizan menekankan beberapa kali, bahawa mereka tidak tahu apa-apa ketika kejadian itu berlaku, malah tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Kemudian, Norizan mula kabur, dan tidak sedar di mana keretanya berhenti. Tiba-tiba, pintu kereta dibuka, dan polis menghalakan pistol ke arahnya.

Kemalangan jalan raya, kata polis

Wanita yang tidak bersenjata ini meminta tolong, tetapi dibalas pula dengan tendangan polis. Beliau merangkak keluar dan ditendang oleh polis yang sama, sebelum dipijak belakangnya, yang berakhir dengan retaknya dua tulang rusuknya.

Norizan berkata, beliau nampak dirinya dikepung lebih daripada 10 kereta polis. Norizan seterusnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dirawat. Empat hari kemudian, beliau dihantar ke Institut Jantung Negara. Sejumlah 11 hari beliau tinggal di hospital di bawah pemantauan polis.

Ketika keluar dari hospital, Norizan dimaklumkan bahawa kos rawatan sejumlah RM20,000perlu ditanggungnya sendiri, dan bukan polis yang mencederakannya kerana polis memberitahu hospital bahawa Norizan ditimpa kemalangan jalan raya. Bagaimanapun, ibu tunggal yang masih menganggur, dan mempunyai seorang anak berumur 10 tahun ini gagal menjelaskan hutang ini.

IO yang mencederakan Norizan

Norizan memberitahu bahawa dirinya pernah meminta bantuan daripada Micheal Chong, Pengerusi Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA. Micheal Chong pula membawanya untuk membuat laporan di Balai Polis Sentul. Kebetulannya, Investigation Officer yang bertanggungjawab dalam siasatan adalah orang yang mencederakannya pada hari kejadian berlaku.

Kemudian, Norizan dibawa ke Balai Polis Kepong untuk membuat laporan, dan polis memberitahu bahawa dirinya akan dihubungi dalam masa 48 jam. Tetapi, beliau tidak dihubungi sehingga kini setelah laporan itu dibuat pada 16 November 2009.

Selain itu, menurut Surendran, tiga orang kawan Norizan yang tidak berani untuk menampilkan diri semalam juga diseksa oleh polis. Salah seorang mengadu kepada Surendran bahawa mereka digantung secara terbalik, disapu cili pada badannya, dan dipukul tapak kakinya. Menurutnya, polis berbuat demikian agar mereka mengaku diri mereka terlibat dalam kes rompakan.

Sebagaimana yang diketahui, kaki pemandu kereta juga tercedera kerana tembakan pistol. Walau bagaimanapun, Surendran tidak pasti sama ada tiga orang yang lain mempunyai rekod jenayah.(Ong Vic Kee, MerdekaReview)

Saya tak pasti pandangan orang lain bila membaca artikel di atas. Bagi saya ianya tidak boleh diterima sama sekali. TIDAK oleh akal mahupun hati. Ya memang saya tidak boleh terima. Bukalah mata dan hati, bertanggungjawablah dengan seadilnya..jika sekalipun wanita di atas ini bersalah..ini tetap bukan caranya. Namun kepada yang menjalankan tugas dengan amanah..Terima kasih yang tidak terhingga..