Friday, February 05, 2010

Edible Garden



Ini adalah salah satu impian saya iaitu ingin growing edible garden di rumah. Cuma buat masa ini saya memang tak berkesempatan nak merealisasikannya. Sebab saya dan suami akan melanjutkan pengajian kami ke New Zealand..InsyaAllah. jadi untuk entry kali ini saya ingin berkongsi info mengenai edible garden yang boleh kita semua buat di rumah masing-masing. Tak kiralah di depan, tepi atau belakang rumah. Di sesetengah tempat edible garden dah dijadikan sebagai projek komuniti. Di mana mereka berkongsi laman dan tanaman.



Kenapa kita perlu grow our own edible garden? Ada banyak sebab..antara yang saya pernah baca adalah seperti berikut:
*Nutritional value : bila kita menanam sendiri,kita boleh mengawal bagaimana cara penjagaannya..dari segi penggunaan baja dan sebagainya jadi bila ia dituai (harvested), hasilnya kita akan mendapat tanaman yang sihat dan sedap rasanya.

*Eat produce at its best : hasil tanaman biasanya akan mulai hilang nutritional valuenya pada ketika ia dituai. Pada masa inilah selalunya berlaku moisture loss, quality and nutrient degradation dan juga kerosakan yang disebabkan oleh microb. Dengan kata lain, semakin lambat sayuran atau buahan dimakan selepas ia dipetik semakin kurang qualiti rasa dan nilai nutrisi sayuran atau buahan itu.

*Food Security : dengan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu dan masalah kekurangan stok makanan, growing edible garden adalah salah satu alternative yang dapat mengurangkan masalah tersebut.

*Hobi yang sihat : sejak dari dulu lagi aktiviti bercucuk tanam ini diakui adalah salah satu aktiviti riadah yang menyihatkan. Kita dapat dua dalam satu, badan yang sihat (semasa gardening) dan hasil tanaman yang segar dan berkhasiat (hasil gardening).

*Keep your wallet happy : ia boleh dianggap sebagai satu pelaburan untuk masa hadapan yang sangat menguntungkan. Pada awalnya, growing edible garden ini memang memerlukan sedikit modal (yelah untuk perkakasan, biji benih etc) tetapi bila tanaman dah mula memberikan hasil, ia hanya memerlukan kos maintenance yang sedikit. Pada masa yang sama kita dapat menikmati hasil tanaman tersebut.

*Mendekatkan diri dengan alam semulajadi : ini secara langsung membuatkan kita sangat menghargai alam. Baru betul2 faham istilah berbudi pada tanah..

*Sentiasa bersyukur : itu yang paling penting, mensyukuri nikmat yang Allah SWT berikan.

SomethingToTell: Entri ini adalah dari blog Muffin2..blog kedua saya sejak 2008..jika tiada aral..kemungkinan besar blog tersebut tidak akan diteruskan. Oleh sebab itu, ini adalah suatu proses perpindahan material ;)