Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:
Allah berfirman:
“Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku.
Allah berfirman:
“Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku.
Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam dirinya, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam Diri-Ku.
Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka.
Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari.” [HR Muslim]
Jadi sentiasalah bersangka baik dengan Allah SWT. Walau hidup ini bukan sentiasa indah percayalah insyaAllah ada hikmah disebalik setiap apa yang berlaku.
Saya telah didiagnosis punya IBS (Irritatable bowel syndrome) di akhir tahun 2009. IBS ini menyebabkan sakit perut yang teruk di bahagian abdominal (bahagian tengah), ia juga boleh menyebabkan sembelit (constipation) atau cirit-birit (diarhea). Secara medical, IBS ini belum diketahui apa punca spesifiknya. Namun antara faktor yang memungkinkan IBS ini berlaku adalah stress dan kerisauan (anxiety). Saya memang seorang yang sangat mudah risau dan membawa kepada stress, mungkin ini punca masalah IBS saya.
Jadi saya rasa perubahan sikap (attitude) adalah perlu. Saya belajar untuk 'take it easy on everything'. Saya banyak mendengar ceramah-ceramah agama dan motivasi. Antara yang memberi impak mendalam dalam diri saya adalah apabila saya mendengar kata-kata Prof Dr Muhaya, "Orang yang selalu risau adalah orang yang bersangka buruk dengan Allah SWT kerana tidak yakin dengan ketentuan Allah SWT, Rasulullah saw bersabda: Allah berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku". Sejak dari pada itu, saya tekad mahu berubah. Saya cuba sentiasa berfikiran positif dalam semua hal. Alhamdulillah, keadaan saya semakin baik. Kesimpulanya, berusahalah untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT kerana itulah sebaik-baik penawar.