Biri-biri antara ternakan utama di New Zealand. Dikatakan jumlah biri-biri di sini adalah melebihi dari jumlah penduduknya iaitu lebih kurang 4 juta orang.
Alhamdulillah kami selamat tiba di Auckland International Airport. Kia Ora! bahasa Maori yang bermaksud 'be well or healthy' atau makna santainya adalah ucapan 'Hi'. Frasa ini memang biasa digunakan di New Zealand. Catatan disini juga olahan dari entri di blog Muffin2 dan merupakan kesinambungan catatan 'So long Malaysia'.
Kami transit di Auckland. Memang tak sabar nak turun dari flight sebab keletihan 10 jam perjalanan. Bila dah berjalan di terminal ketibaan, proses kemasukan ke New Zealand pun bermula. Tidak boleh terus pick up luggage ya. Ada procedure verifikasi dengan pihak imigresen New Zealand duhulu. Passport kami diperiksa secara teliti dan ditemuduga ringkas tentang tujuan dan durasi kami di New Zealand. Untuk ke proses verifikasi tersebut kami terpaksa melalui
Seterusnya proses pengambilan luggage dan declaration. Declaration adalah satu proses di mana kita mesti
Dari Auckland International Terminal ke Domestic Terminal, kami menaiki bas transit yang disediakan. Ini memang pengalaman yang seronok kerana ini merupakan pengalaman pertama Uzair menaiki bas. Hari-hari di Malaysia mama dan papa asyik tunjuk bas kepada Uzair dari dalam kereta sahaja, tak sempat nak bawa naik. Mula-mula naik tu, Uzair senyap dan menikmati rasa naik bas. Half way baru dengar suara Uzair. Uzair suka sangat. Lebih suka naik bas dari naik airplane sebab naik airplane bukan kali pertama bagi Uzair for this journey. Tapi bas sekali lagi saya ulang pertama kali. Uzair tak puas naik bas kerana jarak antara International terminal dan Domestic terminal agak dekat. Uzair menangis tetap nak naik bas. Mama dan papa pujuk Uzair dan sementara menunggu flight ke Palmerston North, Uzair naik mini helicopter dalam terminal.
Kami meneruskan perjalanan ke Palmerston North yang mengambil masa lebih kurang 45 minit daripada Auckland.