Saya kurang pasti kenapa, mengapa dan sebab apa saya sangat terganggu dengan pemergian Yasmin Ahmad. Ya saya memang meminati dan adore hasil2 nukilan beliau. Tapi cuma setakat itu. Saya pernah sekali dua membaca tulisan beliau tapi bukan mengikuti. Begitu juga dengan filem2 beliau. Tapi tak dapat tidak, semua iklan komersial yg beliau hasilkan menjadi iklan favourite saya. Saya masih ingat..boleh kata kesemuanya. Beliau pernah berkata "Something that the eye can't see it but the heart can feel it" dan saya percaya itu yang saya rasa bila mana menonton hasil tangan beliau.
Semoga Yasmin Ahmad ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman..Al-Fatihah.