Mereka belajar dari sejarah.dari apa yang telah pernah berlaku.suara pelajar.suara padu yang luar biasa.memang patut sangat ditakuti hingga tiada lagi kebebasan buat insan bernama pelajar.dari mula menjejakkan kaki,tika tidak fasih lagi hidup gaya kampus semua telah diikat awal-awal melalui perjanjian yang tidak punya untung atau faedah tahunan.aku janji.bagaimana jika aku mungkir janji kelak?tapi aku sendiri pernah mungkir.maaf.ini kerana saya masih rasa punya hak mutlak ke atas diri saya.kini sampai ke detik hak memilih yang layak sebagai pemimpin kampus turut dicabuli.memang benar barangkali komentar pada 31ogos lalu.kita sebenarnya belum merdeka.minda tertutup rapat.yang ada hanya kepentingan sendiri.jadi tak mustahil sanggup menidakkan hak orang lain.tersenyum saya membaca artikel di akhbar pagi ini.bila rasa dapat menguasai tidak kira dengan apa cara sekalipun.walau keji dan kotor.sedikit pun tak punya rasa malu untuk mencanangkan kalian mendominasi.jika sebaliknya.akhbar tika itu seolah tidak wujud atau beritanya tidak penting langsung.itu lumrah bukan?kini saya tidak layak lagi untuk membuang undi di kampus.tapi telah layak membuang undi di kawasan saya sendiri.tapi nyata rindukan suasana menghafal nama-nama calon yang hendak dipangkah di atas kertas undi dan buang undi.ada lebih kurang 13 nama.bayangkan untuk kawasan bebas dan fakulti anda sendiri.itu yang manisnya.kini system undi kertas sudah tidak laku.semua perlukan teknologi.jadi pangkah di skrin komputerlah jawabnya.saya sama sekali tidak menolak teknologi canggih.cuma biarlah bertempat.biar logik.biar telus terjamin.entah.saya tidak punya pengalaman melalui system ini.namun tampak banyak yang goyah.syarat juga makin banyak untuk anda layak menjadi calon.ada syarat mungkin ada baiknya.mungkin mahu yang terbaik.kerana yang menang akan memimpin cerdik pandai.tapi andai syarat-syaratnya tidak rasional.yang nyata hanya untuk menjaga kerusi sendiri.itu namanya pengecut.apa tidaknya.anda mungkin tidak ditanding.jadi menang tanpa bertarung.umpama tiada garam dalam masakan.kan tak sedap.tapi kalau anda suka, apa boleh buat.telan sajalah.nampak di majoriti universiti, calon harapan menang tanpa ditanding.nampaknya pihak lawan memboikot pilihanraya kali ini.mereka punya alasan untuk berbuat demikian.sama ada ingin memberi kemenangan mudah atau rasa tiada guna bertanding kerana senarai mpp telah ditetapkan,pilihanraya hanya syarat atau apa saja alasannya terpulang.itu hak anda.tiada siapa menafikan.cuma saya memang punya rasa terkilan yang amat sangat bila hal ini berlaku.mana kebebasan.pelajar juga punya hak untuk berfikiran kritis.mampu membuat keputusan yang difikirkan terbaik.kenapa itu semua dinafikan.jangan fikir semua buta dalam membuat penilaian.ini sungguh memalukan.apa kena dengan sistem pendidikan tinggi kita sekarang?