Tuesday, November 29, 2005

today is tuesday.no laa.today is bambooday.hahhahaa

i've committee meeting at 2pm today!
sumthin in de box

Monday, November 28, 2005

hari-hari adalah sama.kerana beza hanya apabila matahari mula enggan terbit dari timur.

tak bolehlah kata hari-hari adalah sama.bukan ke kita selalu dengar,
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. bermaksud:
"Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam, dia adalah orang yang beruntung. Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam, dia adalah orang yang rugi.Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam,dia tergolong orang yang dilaknat Allah s.w.t."
jadi sepatutnya pada hari matahari dah merajuk dari arah timur,kita harap hari itu merupakan hari yang jauh lebih baik berbanding hari yang lepas bukannya sama..

Sunday, November 27, 2005

Fahaman Wahhabi menular -- Dikatakan semakin berkembang di kalangan cerdik pandai muda
Oleh NAZERI NONG SAMAH
KUALA LUMPUR 26 Nov. - Fahaman Wahhabi yang mengetepikan amalan sunah umat Islam negara ini sejak turun-temurun, kini dikatakan semakin berkembang terutama di kalangan cerdik pandai muda.
Kumpulan ini menolak amalan membaca al-Quran untuk orang yang meninggal dunia, membaca Yasin, qunut, tahlil, talkin, berdoa, berzikir, ziarah kubur dan pelbagai lagi perkara harus dan sunat yang menjadi amalan Ahli Sunah Waljamaah.
Mingguan Malaysia difahamkan, beberapa buah universiti menjadi pangkalan dan pusat bagi aliran yang disifatkan sebagai ultrakonservatif ini.
Difahamkan juga, aliran ini menjadi ikutan golongan muda yang mahu melakukan ibadah dengan mudah dan cepat, selain menganggap amalan yang sering dilakukan oleh umat Islam di negara ini sebagai bidaah dan khurafat.
Fellow Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady yang banyak mengkaji mengenai fahaman ini bimbang ia mungkin menyebabkan berlaku pergeseran serius di kalangan ummah berhubung adat dan ibadat yang diamalkan di negara ini.
``Ahli Sunah Waljamaah mengikut Imam Al-Shafie yang kita amalkan sekarang jelas telah diterima dengan baik dalam kerajaan dan rakyat, tetapi sudah diresapi pula fahaman lain.
``Fahaman Wahhabi mengambil pendekatan keras, semata-mata memberi penekanan kepada Allah dengan menolak sunah Rasulullah, tawassul, syafaat dan lain-lain,'' katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Sehubungan itu katanya, adalah lebih wajar fahaman ini ditolak kerana ia bertentangan dengan Sunah Waljamaah yang menjadi ikutan majoriti umat Islam negara ini.
Muhammad Uthman berkata, fahaman ini diasaskan oleh Muhammad Abdul Wahab yang berketurunan Arab, bermula di Hijaz pada abad ke-18 Masihi iaitu sekitar 1204 Hijrah.
``Fahaman Wahhabi itu sendiri ditentang oleh keluarga Muhammad Abdul Wahab, tetapi ia menjadi amat berpengaruh dengan pendekatan ekstremnya itu.
``Malah fahaman Wahhabi itu sendiri berkembang luas sehingga menjatuhkan kerajaan Uthmaniah serta melenyapkan khalifah Islam di Turki,'' katanya.
Menurutnya, dalam kitab Kashf Al-Shubuhat Fiqh Tauhid dan Risalatul Al-Tauhid, fahaman puak Wahhabi turut memuatkan huraian al-Quran yang pada asalnya ditujukan kepada orang kafir tetapi fahaman ekstrem itu ditujukan pula kepada orang Islam yang tidak sehaluan dengan mereka.
Sehubungan itu, Muhammad Uthman berkata, keupayaan pengaruh fahaman ekstrem Wahhabi sehingga berjaya menggulingkan kerajaan Uthmaniah itu wajar menjadi peringatan kepada kerajaan negara ini.
``Fahaman Wahhabi begitu mudah mempengaruhi kerana ia mengambil pendekatan bahawa Islam tiada hubungan dengan kelebihan yang ada pada sunah Rasulullah, hadis mahupun sesama manusia.
``Mengikut fahaman ini, apa-apa yang menjadi adat dan ibadat selain daripada fahamannya adalah bidaah semata-mata,'' ujarnya.
Sementara itu, Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Datuk Dr. Mohammad Yusof Hussain berkata, umat Islam di negara ini tidak boleh terikut-ikut dengan fahaman Wahhabi kerana ia tidak mengikut kehendak ahli sunah wal jamaah.
``Pada asalnya, motif fahaman Wahhabi itu bertujuan membanteras khurafat di Arab tetapi pendekatannya yang keras itu juga menumbangkan kuasa pemerintah zaman tersebut.
``Tetapi untuk motif apa pula Wahhabi berkembang di negara kita,'' katanya.
Prof. Datuk Mahmood Zuhdi Abd. Majid dari Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya pula berkata, pertentangan ahli sunah wal jamaah dan fahaman Wahhabi perlu ditangani dengan bijaksana demi kebaikan agama.
``Kita tidak mahu pertembungan kedua-dua ikutan itu akan menjadikan kita dilaga-lagakan seperti puak sunni dan syiah di Iran dan Iraq sehingga mengakibatkan perpecahan Islam,'' katanya.


Petikan dari Utusan Malaysia,27Nov2005.
sangat menarik perhatian saya.buat masa ini,tiada sebarang komen kerana sangat kesuntukan masa (sedang menanda final exam paper FST 3202-food microbiology-86 answer sheets) cuma ada masa untuk pembacaan dan diskusi.

Friday, November 25, 2005

hari tu masa baring2 depan tv terpandang satu novel dekat rak buku tepi rak tv.tak tau siapa tuan punya.saya ambil dan baca.Pesanan Terakhir Seorang Lelaki-Norhayati Berahim.haa saya macam absorb dalam setiap babak novel tu.saya suka sekali!

p/s:ada rasa macam pernah baca.ntah.tak ingat.jadi,sila buka kotak buku dan check sama ada saya punya novel tersebut atau tidak.jika tidak,saya akan beli sebagai koleksi peribadi saya.
walau dalam kesibukan yang teramat sangat sekarang ini,dalam hati kecil seorang anak tetap ada rasa rindu sangat pada bondanya.saya rindu mummy saya.rindu sangat.

Thursday, November 24, 2005

"tahlil itu bidaah.makan itu harus.hadis nabi setiap bidaah adalah salah.dan tiap yang salah itu dalam neraka"

"nabi kata bila mati anak adam putus segala amalan melainkan 3.tahlil tu termasuk yang 3 tu?sampai ke pahala meratib kita?kalau sampai mesti nabi dah buat masa abu talib mati"

"tahlil bukan ke termasuk dalam bidaah hasanah"

"bidaah boleh dihasanahkan,bohong boleh disunatkan,melacur diharuskan.apa lagi?"

"jadi.."

"boleh buatkan haji,boleh guna harta peninggalan untuk dimanfaatkan dan manfaatkan ilmu yang dah diberi"

-sesuatu untuk difikirkan hari ini-

SAS 6.12 command

title 'jutch must get her master';
data one;
input ilmu $ attitude @@;
cards;
microbiology 110
chemistry 110
life survival170
effort 190
doa, infiniti babe ;)
;
proc sort;
by ability;

proc means n mean std in my life;
var attitude; by ilmu;

proc glm;
class knowledge;
model attitude = ilmu;
means ilmu / tukey alpha = 0.0001 (precise yang melampau;);
run;

output
jutch get her master. a master of ilmu.

Tuesday, November 22, 2005

She scolds me for my own good. That’s the fact. She’s like my second mum. So, when she sense I’m not doing right, that was her responsible to make it right. The only thing that I should do is accepting it in a very positive way. There is no harm to admitting a mistake but it will be harm if I don’t correct the mistake. Take a deep breath. Close my eyes for a minute. Open my mind. Recall every word that she had conveyed to me. Think for a while. And lastly I feel a bunch of love. She did that because she so concern on me. She loves me. She always believes that I’m one of the best students she ever had. So, my job now is just to prove it. And in fact, I’m already half way to prove it. Tripling the effort of working. Get her as soon as possible whenever I face any difficulties. Consults with her in every step of my work. She said, “belum tentu genius student will get a master or PhD. Tapi yang pasti,student yang tekun dan gigih will grab it. I know you’re intelligent but that’s not enough. Kena tekun. Kena gigih. Be focus in everything you do. Don't forget to make a doa to Allah”. Thank you mak.

komersial bernas yang tidak bernas

pernah lihat komersial beras bernas?tentu pernah walau sekilas.garapan environment kesultanan melayu di balairong seri.pada saya komersial itu hanya melepaskan batuk di tangga. kadang kita lihat komersial yang menarik tapi tak sampai.dan ada juga yang sebaliknya,tak menarik tapi kita faham.cuma yang ini rasanya tak menarik dan tak sampai.tak tahulah saya bagi mata dan akal anda.sinematografi yang langsung tidak fokus.sound system yang tidak tajam.seperti bercakap di dalam gua.apa yang mereka hendak kita tahu dari iklan ini? penyampaian info juga lemah.hanya berdasarkan perbandingan.perbandingan yang tiada basis.kosong.jika melihat dengan teliti,hampir di akhir komersial berkenaan seorang dayang di sebelah kiri raja telah membuat satu isyarat badan yang semua kita akan faham ia bermaksud tidak waras atau kata kasarnya gila.jangan perlekeh scene tersebut.ia tidak sesuai untuk dikomedikan.adakah konklusinya apa yang telah dikatakan atau penilaian raja/sultan berkenaan terhadap kualiti beras sebenarnya tidak boleh dipakai,tidak boleh diambil kira?kerana raja/sultan tersebut tidak waras.kan dah lain jadinya.kenapa hal yang sebegini penting pun terabai?di akhir komersial,di sebelah bawahnya ada tercatat penghargaan pada fakulti sains dan teknologi makanan,universiti putra malaysia.haa itu fakulti saya tapi malu betul nak beritahu pada teman tentang itu kerana komersial yang terhasil tiada nilai.cuma sebagai info; semua kerja-kerja penyelidikan beras yang dijalankan adalah sangat saintifik.dan yang terkini rupa-rupanya isu komersial ini telah dibahaskan di parlimen.ia dikatakan memperlekehkan institusi kesultanan melayu.saya diberitahu oleh seorang teman mengenai hal ini,jadi apa sebabnya saya kurang pasti.cuma nyatanya tiada lagi komersial tersebut di kaca tv akhir-akhir ini.bagus juga.tak menyakitkan mata.carilah idea yang lebih bernas.sesuai dengan jenamanya.

Monday, November 21, 2005

a touch from jutch

bukan hidup namanya andai tidak pernah tercuit
namun sebagai perempuan biasa
hati kecil ini selalu tersinggung
bila ditanya dengan siapa perlu aku berasa demikian
aku terdiam
entah
masakan aku tersinggung dengan Pencipta yang Maha Agung
buat aku beristighfar panjang
walau getir yang melanda jangan sekali iman ini goyah
itu sahaja harta yang ada yang tak mungkin dibeli
fikiran warasku cuba memujuk
ini ujianNya
menguji sejauh mana kecintaanku pada Dia
andai cinta itu tulus
aku seharusnya hadapi dengan senyuman
walau sepahit mana pun bila ditelan
jangan sekali menoleh ke belakang
aku perlu teguh dalam laluan ilmu ini
beserta munajat yang tidak pernah putus
pada yang Maha Pengasih
hanya Dia yang Maha Mengetahui
apa yang terbaik untukku

Sunday, November 13, 2005

from the bottom of jutch's heart

i guess all the walimah things shud be KIV first.i've work to focus on within this 6 months.it can be considered the most important job at the moment.so,the best way is working according to the priority.i've to hold anything that not on the top of list.hold didnt mean cut off.just maybe postponed to more suitable time.

towards walimah


Lots of thing to think of. Need a very patient survey and start contact the person in charge for each service. Of coz I need a caterer, pelamin, photographer (shud be creative, natural and more to candid pics style rather than a static, stand and bored pics.we have two choice here.so, goin to choose base on gud price), videographer (especially during the akad.the most historical moment in any wedding ceremony rite), baju pengantin (still thinking wat material that I shud choose…I guess more to lace.for nikah and resepsi), make up (for nikah and resepsi), hantaran (from an advice; I shud deco my own hantaran.just find out the rite material for it), alas dulang (I think this one I alredi choose one bridal shoppe to make it for us.so means I’ve to go to seremban babe), PA system, booked a wedding venue (also have decided the place :) opps..i’m not planning having the wedding at home), wat else yaa?ooohh..the wedding give, wedding card (this one also, I think we gonna design our own wed.card and then just send it for printing).i've work to proceed now...so maybe or maybe not goin to continue on this matter later ;)

let's croon on sunday morning

Unintended-Muse
You could be my unintended
Choice to live my life extended
You could be the one I'll always love
You could be the one who listens to my deepest inquisitions
You could be the one I'll always love
I'll be there as soon as I can
But I'm busy mending broken pieces of the life I had before
First there was the one who challenged
All my dreams and all my balance
She could never be as good as you
You could be my unintended
Choice to live my life extended
You should be the one I'll always love
I'll be there as soon as I can
But I'm busy mending broken pieces of the life I had before
I'll be there as soon as I can
But I'm busy mending broken pieces of the life I had before
Before you

Tuesday, November 08, 2005

homesweethome


.kesumalakes.

lets play futsal!!

tutor meeting

before raya holiday,we (referring to all the fstm tutors) have a meeting with the dean.the purpose of meeting are to remind the status of tutor and to let us know the latest info from the university. and of coz wit a very constructive advices.we also have the opportunity to voice out all our difficulties and problems.overall it was gud.i found a new motto in my research work :)
PUBLISH OR PERISH
31 october 05, monday-one area of Faculty of Food Science and Technology was burned.it was started at probiotic lab and also affected the enzyme lab, nutraceutical lab and fish lab.now, everything still under investigation.no one allowed to be in that area.i came to the fac on wednesday,to see the situation and if possible i wanna take my standard but im not allowed to do so.after a week, the situation is still the same.alhamdulillah my lab was not affected and i still can continue my work as usual.the only thing is im not sure whether i still can use my biogenic amine standards or not because the electricity was cut off since the incident until sunday,7 nov.means that the refrigerator and freezer not in function.hopefully it still in good condition and i was planned to run HPLC use that particular standards this thursday.we'll see whether it can give a result or not.hope everything gonna be fine soon.lets make a du'a to Allah SWT.